Home Pedoman Haraki

Ideologi Hedonisme

3720
SHARE

HEDONISME

Hedonisme ialah satu ideologi yang mengukur sesuatu kebenaran itu melalui keseronokan. Sekiranya sesuatu perkara itu seronok, maka ia benar walaupun salah di sisi syarak dan begitulah sebaliknya. Hedonisme merupakan ancaman kepada perkembangan kebangkitan islam kerana ideologi ini merebak dalam kalangan anak muda di mana anak muda merupakan pemain utama dalam menentukan jatuh bangunnya islam.

Hedonisme Bertentangan Dengan Islam.

Sudah pasti timbul persoalan adakah hedonisme ini selari dengan islam ataupun tidak. Jawapannya sudah pasti tidak kerana kebanyakan perkara yang haq itu tidak semestinya seronok dan perkara yang bathil itu tidak semestinya nampak kotor.

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat.”(HR. Muslim)

Neraca haq dan bathil itu hendaklah di ukur dengan menggunakan Al-Quran bertepatan dengan sifatnya sebagai pemisah kepada haq dan bathil.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ ….

Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil).

-Surah Al-Baqarah, Ayat 185

 Hiburan Cabang Hedonisme

Perkara yang seronok pada hari ini yang menjadi santapan jiwa anak muda sudah semestinya hiburan yang membabitkan alat muzik. Islam melarang keras konsep hiburan yang bertujuan bukan untuk mengenal Allah.

Banyak hiburan pada hari ini muncul hanya untuk mempopularkan penyanyi bukannya untuk menyampaikan mesej islam. Hal ini telah dilarang oleh Allah di dalam wahyuNya bagi sesiapa menggunakan hiburan atau alat muzik untuk melalaikan manusia.

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

-Surah Luqman, Ayat 6

? Hedonisme Kepada Kekufuran

Setelah manusia larut dalam keseronokan duniawi, maka sampai satu masa mereka akan menolak ayat-ayat keterangan dari wahyu Allah kerana tidak selari dengan keseronokan mereka. Sikap sombong untuk menerima keterangan wahyu ini merupakan sikap yang diwarisi Iblis.

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا ۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

-Surah Luqman, Ayat 7

Berdampinglah Dengan Al-Quran Dan As-Sunnah.

Pada hari ini kita dapat meneliti bagaimana keadaan anak muda yang terpengaruh dengan hedonisme akan semakin jauh dengan aktiviti usrah dan kuliah-kuliah agama kerana tidak bertepatan dengan keseronokan nafsu. Maka untuk mengelakkan diri kita dari terpengaruh dengan penyakit hedonisme ini, hendaklah kita sentiasa berdamping dengan Al-Quran dan As-Sunnah agar kita tidak terpesong dari ajaran islam yang sebenar.

قَدْ تَـرَكْتُ فِـيْكُمْ مَا اِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَـلَـنْ تَضِلُّـوْا اَبـَدًا. كِـتَابَ اللهِ وَ سُنـَّةَ نَـبِـيِّهِ

“Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kamu sekalian apa-apa yang jika kamu sekalian berpegang teguh kepadanya, niscaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”. [HR. Al-Hakim]

Asyraf Hanif