Home Artikel PAS Perak

“Ibu, Kejutkanlah anak dan keluargamu!” | DMPK Tambun

102 views
SHARE

Oleh : Intan Jahrahwassir

Jun 10, Taman Meru, Ipoh. Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Pas Kawasan Tambun telah menganjurkan program “Tadarus dan Khatam Al-Quran” yang disertai 100 orang ahli Muslimat Pas di Pusat Tarbiyah Pas Kawasan Tambun, Taman Meru dekat sini.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Aliah bt Abdul Aziz, Ahli Jawatankuasa Ulamak Pas Negeri Perak. Didalam ucapan beliau, Ramadhan yang dihidupkan adalah dengan mengisi seharian dengan membanyakkan membaca Al-Quran, melakukan amalan-alan sunat, selalu berdoa untuk diri, anak-anak dan keluarga.

Beliau juga memberikan ingatan persediaan menghidupkan 10 Ramadhan terakhir. Bahawasanya 10 malam terakhir ini besar ganjarannya disisi Allah swt. Bercakap dalam konteks Muslimat, selain mengadakan Qiyamullail, ibu-ibu adalah baik mengejutkan anak-anak, suami lebih awal untuk ibadah malam, ibu mesti lebih tegas dan bersungguh berkenaan hal ini. Banyakkan menghadiri majlis ilmu, ber’Uzlah dan beriktikaf di masjid bersama keluarga mengenangkan inilah Sunnah yang Rasulullah saw lakukan setiap kali Ramadhan.

Selain itu, Ramadhan berbaki ini, ibu – ibu perlu memastikan ahli keluarga , persekitaran tempat tinggal dalam keadaan bersih dan selesa. Sebagai ibu, perlu juga mengajar anak-anak yang masih kecil bahawa berhari raya bukanlah semata-mata memakai baju baharu, tetapi pertambahan Taqwa kepada Allah itu lebih penting daripada segala-galanya.

Turut hadir dalam program ini, Ketua Muslimat Pas Kawasan Tambun, Puan Carmila Nan. Beliau berpesan Muslimat perlu lebih kuat bekerja, terus melangkah kehadapan, ambil iktibar daripada kekalahan pada Pilihanraya yang telah berlalu. Kemenangan atau kekalahan  adalah Ujian drpada Allah maka apapun berlaku jangan jadikan ini sebagai halangan untuk terus bekerja demi Islam.

Mengulas lanjut Program ini, Puan Yusmaliza Bt Yusuf, Timbalan Ketua Muslimat Pas Kawasan Tambun, program ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat Pas (DMP). Sepanjang Ramadhan, DMP telah menganjurkan program mengedarkan bubur lambuk, mengedarkan tamar di jabatan-jabatan kerajaan, mengedarkan makanan Iftar kepada golongan yang kurang berkemampuan. Sambutan juga amat menggalakkan.

Diakhir program hari ini, semua peserta dibekalkan Pulut Kuning sebagai kebiasaan dan goodies untuk dibawa balik.

Ditanya tentang harapan selepas penganjuran program saban tahun ini, Puan Yusmaliza berkata ini akan menjadi suntikan semangat untuk terus bekerja menegakkan Islam dalam apa juga keadaan. Kekalahan juga sebagai iktibar untuk bermuhasabah.