Home Berita PAS Sabah

Ibu bapa perlu cakna dengan pendidikan anak-anak

238
SHARE

Oleh : Nur syarifah Ariffin
15 Mac 2023

TAWAU: Ibu bapa perlu cakna terhadap aspek pendidikan serta menerapkan akhlak yang baik agar anak terus mencapai prestasi yang cemerlang.

Menurut Yang Dipertua PAS Tawau Mohammad Hussain, ibu bapa perlu menitik beratkan pendidikan berteraskan Islam bermula daripada rumah dan bukan hanya mengharapkan didikan daripada guru serta sekolah sahaja.

“Kita mengharapkan anak muda di masa hadapan dapat berkhidmat dengan masyarakat terutamanya melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan.

“Kita mengharapkan sikap saling bantu-membantu terus terjalin dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam program ‘Back To School’ di Masjid Babul Ukhwah Bukit Quion, di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi masjid, Ustaz Khairul pula menzahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Menurutnya, dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penduduk kampung.

Seramai 20 orang telah menerima bantuan barangan persekolahan yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Tawau.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Mandin Ladale .