Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor
BUKIT SENTOSA | Dalam keadaan norma baharu, ibadah korban yang dilakukan setiap tahun masih dijalankan walaupun tidak sama seperti dahulu dan perlu mengikut ketetapan SOP yang ketat.
Firman Allah SWT,
“لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ …”
Maksudnya: ”Daging-daging dan darah (haiwan korban) itu sekali-kali tidak dapat sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat sampai kepada-Nya… “ ( Surah Al-Hajj : 37)
YDP PAS Hulu Selangor Hj Hasnizan Harun bersama dengan pengarah program Ibadah Qurban Hj Bukhari serta semua AJK masjid telah turun melaksanakan program Ibadah Qurban di masjid Assalam bukit sentosa.
Alhamdullillah selesai sembelihan korban sebanyak 15 ekor lembu dan 1 ekor kerbau di masjid As Salam dan kemudian daging korban tersebut terus diagihkan kepada penduduk tempatan.
Program Ibadah Qurban kali ini perlu dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak masjid ketika menjalankan gotong royong ibadah qurban.
Pemuda PAS Hulu Selangor mengkalungkan ucapan tahniah kepada barisan penggerak program Ibadah Qurban dan AJK masjid yang turut membantu.
Aidiladha yang kita sambut adalah lambang pengorbanan hamba Allah yang patuh tanpa berbelah bagi. Pengorbanan yang dirakam di dalam Al-Quran untuk diingat hingga hari kiamat.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor