KUALA TERENGGANU – Ibadah korban sempena Aidil Adha yang disambut di negeri ini semalam masih memelihara ‘autentik’ sunnah sebagaimana yang ditinggalkan Rasulullah, meneruskan amalan gotong royong dan bantu membantu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, sunat kepada orang ramai melihat pelaksanaan ibadah peninggalan nabi Ibrahim itu.
“Walaupun tidak masuk bahagian dalam korban, ajaklah anak-anak menyaksikan proses penyembelihan binatang korban,
“hukumnya sunat, bagi kita untuk membantu, merebahkan dan melapah atau menyiang daging korban,” jelasnya
Beliau yang juga Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) yang juga Pengerusi JPKK Kampung Tok Jiring berkata demikian di masjid Jamek Tok Jiring, sebelum solat sunat Aidil Adha.
Menurutnya, pihak Masjid dan MTT menyembelih sebanyak 18 ekor lembu, muafakat masyarakat setempat dan indidividu yang berkorban.
“Hari ni kita selesaikan 11 ekor dan esok 11 Zulhijjah, insya-Allah bakinya 7 ekor,” kata beliau.
Sementara itu, Jamaah Surau Losong Hj.Mamat, berjaya menghimpunkan sejumlah 20 ekor lembu, bagi ibadah korban tahun ini.
Wakil Panitianya, Khairudin Muhammad bersyukur, walaupun hanya sebuah surau sahaja, tapi dapat dapat melibatkan jumlah yang agak besar, melaksakan ibadah tersebut
“Alhamdulillah, kami tak ramai, tapi berkat semangat berkorban, dapat mengumpulkan dan menunaikan ananah, jumlah tersebut,” ujar beliau.