Home Berita PAS Sabah

Ibadah Korban Mempererat Hubungan Silaturahim PAS Kawasan Tuaran

821
SHARE

Oleh: Noor Tenri
06 Ogos 2020

TUARAN. PAS Kawasan Tuaran dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah Relief telah menganjurkan program korban bersempena Hari Raya Aidil Adha bertempat di Kampung Saradan dan Kampung Sambah, Tenghilan Sabtu lepas.

Program yang mengorbankan 3 ekor lembu itu merupakan hasil penyertaan Ibadah Korban dari masyarakat luar pada tahun ini.

Kerja-kerja penyembelihan telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tuaran, Aminuddin Aling dan Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah, Dr. Mohamad Isa Abd Jalil.

Aminuddin yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah melahirkn rasa syukur atas hubungan yang semakin erat dan menyatakan sukacitanya kerana ini merupakan pertama kali penduduk kampung sudi menjemput PAS Kawasan Tuaran melaksana program Ibadah Korban tahun ini.

YDP menekankan rasa ukhuwah sesama umat Islam melalui ibadat korban. Ukhuwah akan diteruskn selepas ini dengan majlis ilmu dan program yang berkaitan.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Ustaz Omar Ismail, Ketua Dewan Ulamak PAS Tuaran, Salman Muhamad Amin, Ketua Penerangan PAS Tuaran dan Muhd Zarif Siraj Ketua Pemuda PAS Tuaran.