Home Artikel PAS Perak

Hujan Lebat di Trong, 19 Keluarga Terpaksa Dipindahkan | PAS Bukit Gantang

371 views
SHARE

TRONG , 23 Oktober : Seramai 19 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan banjir yang berlaku di Simpang Temelok , Sungai Punggur , Kuala terong , Kampung Tebuk , Kampung Temelok dan Sungai Bemban sejak lewat petang semalam.

Dalam tinjauan sekitar 9 malam tadi hingga awal pagi tadi , kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan lebat yang menyebabkan paras air di sekitar kawasan itu meningkat secara mendadak.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman yang melawat mangsa banjir di pusat penempatan banjir berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras sungai dekat sini mencecah paras bahaya sehingga ia melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

Kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Temelok dan Masjid Sungai Bemban.