Home Rencana PAS Selangor

Hubungan PAS dan UMNO atas nama MN Gombak sangat erat – PAS Kawasan Gombak

152
SHARE

May be an image of 1 person and standing

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : PAS Kawasan Gombak

GOMBAK | Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Hasbullah Ridzwan menegaskan hubungan antara PAS dengan Umno atas nama Muafakat Nasional Gombak sangat erat dan banyak program telah dilaksanakan dengan baik.

Katanya begitu juga dengan pertemuan dan perbincangan antara kedua parti kerap diadakan bagi memperkasakan hubungan dua hala dan mengeratkan silaturrahim.

Beliau yang juga ketua penerangan Sidang Assabiqun PAS Pusat berkata, PAS Gombak juga menjalinkan hubungan yang baik dengan parti Bersatu.

Menurut beliau, sebagai rakan dalam Perikatan Nasional, sudah tentu pelbagai program Kerajaan Persekutuan diturunkan untuk dilaksanakan bersama-sama dengan rakan komponen.

Katanya, antara program yang dilaksanakan bersama seperti program bantuan bakul makanan untuk golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut katanya, pada pilihanraya umum ke 14, kemenangan PH dan PAN di Hulu Kelang dan Gombak adalah kerana kebangkitan pengundi dan propaganda janji-janji manis yang ditaburkan oleh PH ketika itu.

“Insya-Allah dengan kerja berterusan serta kewibawaan kerajaan pada hari ini menguruskan negara, akan memberi kesan perubahan di Dun Hulu Kelang dan Insya-Allah, PAN akan digantikan dengan PAS,” katanya.

Begitu juga kata beliau di Dun Gombak Setia yang begitu rancak dengan aktiviti dan kerja-kerja kuat dari jentera Muafakat Nasional, PN serta NGO-NGO yang telah sedar bahawa PH menang di atas fitnah.

Katanya, malang sekali PH menang tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji yang telah ditabur kepada rakyat ketika kempen PRU.

“Sehingga kini, wakil rakyat PH Dun Gombak Setia tidak mampu menyelesaikan janji dan permasalahan rakyat. Berbanding Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang terus mendekati rakyat dan dapat meringankan permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau yakin kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional mampu mengubah kerusi Dun Gombak Setia dan Hulu Kelang pada PRU ke 15.

Kredit : Akhbar Harakah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor