Home Berita PAS Wilayah

Hubungan Erat NGO Kami Prihatin, JKM WP Perkasa Agenda Kebajikan Setempat

554
SHARE

Oleh: Thia Razali

BATU – Kunjung hormat kali pertama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Kami Prihatin Wilayah Persekutuan telah diadakan di Hotel Grand Seasons Avenue, kelmarin.

Pertemuan tersebut dihadiri Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Persekutuan (JKM WP), Puan Hezleen Hassan dan timbalan, Puan Wan Zarina, Pengerusi Pertubuhan Kami Prihatin Wilayah Persekutuan, Tuan Abu Baker Sidek dan timbalan, Encik Yusoff serta wakil jawatankuasa daripada kedua belah pihak.

Dalam pertemuan tersebut, pihak JKM WP amat mengalu-alukan jaringan kerjasama berkenaan serta menyambut baik pandangan dan perkongsian antaranya daripada Pengerusi Pertubuhan Kami Prihatin Wilayah Persekutuan.

Antara faktor yang menjadi tarikan kerjasama tersebut adalah dengan adanya barisan sukarelawan yang sanggup berkhidmat di bawah Pertubuhan Kami Prihatin WP.

Hal ini menurut hemat JKM dapat membantu mereka dalam aktiviti kebajikan gelandangan serta penyaluran bantuan bencana alam kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, NGO Kami Prihatin giat memberi sumbangan ‘face shield’ kepada hospital-hospital di Wilayah Persekutuan serta dalam proses menjahit lebih banyak PPE buat kegunaan ‘frontliner’ di hospital-hospital tersebut.

Pertubuhan berkenaan juga sempat didedahkan dengan skim-skim bantuan yang ditawarkan oleh JKMWP termasuk penyediaan rumah perlindungan sementara dan sesi kaunseling kendalian JKM.