Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Hormati Islam Sebagai Agama Persekutuan

933
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
19 September 2017 | 28 Zulhijjah 1438

“HORMATI ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN”


1. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak memberi kebenaran kepada program _Better Beer Festival 2017_. Semoga ia menjadi titik tolak kepada DBKL pada masa akan datang untuk terus menyekat dan menghalang sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan masyarakat.

2. Sesungguhnya arak tidak diharamkan kepada orang bukan Islam. Orang-orang Islam pun tidak menghalang jika orang bukan Islam meminum arak, sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Kelantan masa ini. Tetapi pesta arak atas nama Malaysia dan dibuat secara terbuka tidak mencerminkan keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara.

3. Semua pihak perlu menghormati adat agama dan kepercayaan masing-masing dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama. Bantahan diutarakan adalah kerana ekoran kesan negatif arak kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa seperti pergaduhan, penceraian, kemalangan dan sebagainya.

4. Bahkan, semua kitab-kitab suci agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh juga melarang keras meminum arak. Suka tidak suka, akan ada kalangan dan kakitangan Muslim yang terlibat sama ada sebagai petugas, pengawal, pemandu dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa tiada tenaga Muslim akan terlibat dalam acara ini.

5. Umat Islam dewasa ini sangat menjunjung tinggi dan sensitiviti terhadap agama dan akidah mereka. Kami amat menghormati semua amalan masyarakat minoriti bukan Islam, tetapi jangan sampai melanggar ketenteraman dan mencabar kepercayaan serta amalan masyarakat majoriti dalam negara ini.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

MOHD SHAHIR ABU HASSAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan