Home Artikel PAS Pulau Pinang

Hormat Jalur Gemilang bukti cintakan negara

233
SHARE

BALIK PULAU: Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-62, PAS Cawangan Teluk Kumbar mengambil inisiatif mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di Markas Tarbiyah PAS Teluk Kumbar, di sini kelmarin dahulu.

Turut serta dalam aktiviti ini ialah Ahli Jawatankuasa PAS Balik Pulau, Azmi Saad dan juga Abdul Razak Mansor sebagai menyahut seruan untuk menyemarakkan kibaran bendera negara ini.

Katanya, Presiden PAS menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa menghormati Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara serta menghayati erti kemerdekaan.

Selain itu, beliau sangat kecewa dengan situasi semasa di mana terdapat pihak yang sengaja memasang dan mempamerkan Jalur Gemilang dengan cara tidak sepatutnya.

Beliau berharap dengan adanya program ini dapat memupuk semangat jati diri yang tinggi dan menunjukkan kecintaan dan ketaatan tidak berbelah bagi kepada negara disayangi ini.

“Alhamdulillah sokongan baik daripada semua pihak berjaya memeriahkan program ini untuk kita sama-sama merayakan sambutan Hari Kebangsaan,” uarnya ketika berucap di sini.

Pada program itu sebanyak 100 Jalur Gemilang telah diedarkan dan dilekatkan pada kenderaan orang ramai yang turut memberi sokongan.