Hukuman sebat di luar penjara, Terengganu menunaikan kewajipan

MARANG - Hukuman sebat di khalayak ramai yang dilaksanakan pada penghujung tahun lalu terhadap pesalah khalwat berulang bukanlah untuk menerima sebarang respon maklum balas sama ada positif ataupun negatif. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebaliknya ia dijalankan kerana kewajipan serta tuntutan dalam agama Islam supaya ia menjadi pengajaran sekali gus mendidik...

TNB hulur bantuan kepada mangsa banjir DUN Telemong

HULU TERENGGANU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di DUN Telemong yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. Majlis penyampaian bantuan berlangsung di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh dengan penyampaian sumbangan oleh Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Ir. Mohamad Mohyddin Mohd Noor. Sebanyak 100 bakul makanan diagihkan kepada penduduk yang terkesan dalam...

Zawawi juara urutan Asia Tenggara

KEMAMAN - Terengganu terus mencipta nama di persada dunia apabila mengharumkan nama negara (Malaysia) setelah berjaya memenangi gelaran SouthEast Asia Massage Championship 2025. Zawawi  Abdullah, 41, berkata dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut dan berasa sangat teruja apabila diumumkan sebagai pemenang. Katanya, pertandingan itu melibatkan lebih 150 peserta (lelaki dan perempuan) daripada 11 buah negara termasuk Thailand, Singapura, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos, Brunei, Cambodia dan...

Pemuda di barisan hadapan mempertahankan islam

KUALA TERENGGANU -Pemuda Islam mesti berada di barisan hadapan apabila adanya pihak yang berani menghina dan memperlekehkan Islam . Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Harun Esa berkata menjadi tanggungjawab mereka mendaulatkan agama Allah itu dan perlu bersama menyampaikan sokongan mengikut kemampuan masing-masing. “Kita akan terus bangkit menggerakkan kesedaran semangat serta kita akan bangkitkan semangat supaya orang Islam bercita-cita besar hidup kita...

ISU KEKURANGAN BERAS TEMPATAN & KESAN TERHADAP PENGGUNA DAN PENGUSAHA

PAS Wilayah Persekutuan memandang serius isu kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) yang semakin meruncing sejak 2023. Keadaan ini telah memberi tekanan besar kepada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang terpaksa membeli beras import pada harga yang lebih tinggi.   Pendedahan terbaru mengenai beras tempatan yang dikampit semula sebagai beras import dan dijual pada harga lebih mahal menambahkan lagi kebimbangan terhadap...

KEPERLUAN SEMAKAN SEMULA CADANGAN PENUBUHAN KEMENTERIAN KHUSUS BAGI AGAMA BUKAN ISLAM

  PAS Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa cadangan penubuhan kementerian khusus bagi agama bukan Islam perlu diteliti secara mendalam dengan mengambil kira kepentingan keharmonian negara serta peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. 1. Memperkasakan Entiti Sedia Ada Kerajaan boleh memperkasakan entiti sedia ada seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Kementerian Perpaduan Negara yang telahpun berperanan dalam menjaga keharmonian antara agama dan kaum di...

Santuni Mualaf Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

PUTATAN : 14 Februari 2025 Oleh : Hazriani Kadir Pimpinan PAS Putatan telah mengadakan ziarah mahabbah keluarga mualaf berbangsa Cina serta menyantuni seorang warga emas yang masih belum memeluk Islam. Kunjungan ini diketuai Penyelaras PAS Putatan, Dr. Afifi Saifuddin bersama pimpinan kawasan. Sepanjang ziarah, turut dikongsi kisah perjalanan hidup mualaf serta cabaran yang mereka hadapi selepas memeluk Islam. Menurut Dr. afifi, ziarah ini...

Muara tertimbus – risiko banjir kilat di Balok makin meningkat

Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 13 Feb – Laluan air ke laut di muara berhampiran kawasan Balok Maju, Balok Sejahtera, dan De Rhu Beach Resort dilaporkan tertimbus. Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, YB Dato' Andansura Rabu, tinjauan beliau ke lokasi berkenaan pada hari semalam mendapati paras air dalam saliran kawasan tersebut berada pada tahap tinggi, sekali gus meningkatkan kebimbangan...

ZIARAH PRIHATIN UNTUK ADIK MUHAMMAD RAFAIE

  12/02/2025 Sungai Duri, Pulau Pinang – Satu ziarah prihatin telah diadakan bagi mengunjungi adik Muhammad Rafaie Bin Mohamad Fitri yang berusia 3 tahun, anak kepada Ustaz Fitri, Imam Masjid Jamek Sungai Duri. Adik Rafaie mengalami masalah pendengaran dan memerlukan pemeriksaan serta rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setiap minggu. Kos rawatan pembedahan yang...

SKUAD PRIHATIN ADUN SUNGAI BAKAP HULURKAN BANTUAN KEPADA PESAKIT KANSER DAN STROK

12/02/2025 Sungai Bakap, Pulau Pinang – Skuad Prihatin Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat setempat dengan melawat dan menghulurkan bantuan kepada dua individu yang sedang menghadapi masalah kesihatan yang serius. Pada lawatan pertama, skuad ini telah menziarahi Puan Sariah binti Hussain yang tinggal di Taman Sungai Duri Indah. Beliau kini sedang berjuang melawan penyakit kanser...