Terengganu Sedia Hadapi Kekurangan Bekalan Kelapa Menjelang Puasa
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersedia mengatasi masalah bekalan kelapa yang dijangka berkurang menjelang Ramadan tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata jangkaan kekurangan bekalan bahan mentah itu turut akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga. “Kelapa mungkin ada sedikit kekurangan bekalan sebab pokok kelapa ia akan melalui satu tempoh di mana ia tidak akan...
Hamas sedia laksanakan fasa seterusnya perjanjian gencatan senjata
Hamas menegaskan semula pada Selasa kesediaannya untuk melaksanakan fasa kedua dan ketiga perjanjian gencatan senjata Gaza. Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata dalam satu kenyataan bahawa kumpulan itu telah bersetuju, atas permintaan orang tengah, untuk menggandakan bilangan tebusan Israel yang akan dibebaskan, menunjukkan komitmen mereka terhadap perjanjian itu. Qassem menolak tuntutan Israel agar Hamas meninggalkan Gaza, menyebut mereka sebahagian daripada “perang psikologi.” Beliau...
Hijab bukan pilihan tapi kewajiban bersama
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri terus memperkasakan usaha pendidikan pemakaian hijab yang sempurna kepada kaum wanita islam negeri ini menerusi penganjuran Terengganu Hijab Day (THD). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim, berkata gelombang yang digerakkan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) itu sebagai usaha mendidik rakyat serta memperkenalkan pakaian yang benar-benar menutup aurat diadakan...
‘Jangan normalisasikan perbuatan songsang lelaki berpakaian wanita’
KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan lelaki berpakaian menyerupai wanita atau sebaliknya seperti yang berlaku dalam acara Karpet Merah Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi mengutuk tindakan tersebut. Katanya, isu itu tidak harus dibiar dan dinormalisasikan dalam masyarakat. “Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius isu tular...
TDM jayakan Program ‘Ceria Ke Sekolah’ bersama murid SK Kampung Fikri
KUALA TERENGGANU - TDM Berhad meneruskan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penganjuran program ‘Ceria ke Sekolah’ bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (SKKF), Sungai Tong. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, program CSR syarikat berbentuk pembelajaran itu menjadi platform penting untuk mengukuhkan hubungan antara syarikat dan komuniti. Katanya, ia selaras dengan komitmen TDM dalam menyokong pembangunan sosial...
Terengganu sokong fatwa larang umat islam hadiri ritual agama lain
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tampil memperkukuh pendirian dalam mempertahankan kesucian Islam dengan menyatakan sokongan penuh terhadap fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang melarang umat Islam daripada menghadiri sebarang ritual keagamaan bukan Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan keputusan ini dilihat sebagai langkah kritikal dalam memastikan umat Islam kekal...
Graduan perlu tingkat kemahiran bagi penuhi keperluan industri
KUALA TERENGGANU - Dunia pekerjaan pada masa kini bukan hanya menuntut graduan untuk cemerlang akademik, tetapi perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk bersaing di pasaran kerja. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat berkata, graduan perlu bijak mengambil peluang dengan belajar ilmu tambahan selain bidang utama untuk meningkatkan lagi...
10 ‘Bapa Culas’ dipenjara di Terengganu
KUALA TERENGGANU - Sejak tahun 2012 sehingga tahun 2024 , seramai 10 'bapa culas' dipenjarakan akibat gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak sebagaimana diperintahkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Ketua Hakim Syarie Terengganu, YAA Dato' Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, hukuman tersebut dilaksanakan jabatan sebagaimana diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. "Orang yang hendak (diperintahkan) dihantar ke penjara ini ramai, tetapi apabila kita...
Remaja 13 tahun ketagih ‘Vape Mushroom’, Kerajaan digesa bertindak segera
KUALA TERENGGANU - Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung masalah dadah 'magic mushroom' menggunakan rokok elektronik atau vape yang kian parah dalam kalangan remaja belasan tahun. Pengurus Pusat Pemulihan Dadah Holistik milik Terengganu, Alif Mahari berkata, beliau sedih melihat sorang remaja lelaki berusia 13 tahun dihantar ke pusat pemulihan Darul Barakah itu akibat ketagihan dadah tersebut. "Dadah ini dilaporkan semakin menular dalam...
Kedah jadi rujukan Terengganu dalam pengurusan sisa pepejal
ALOR SETAR – Kerajaan Terengganu menjadikan Kedah sebagai rujukan bagi pelaksanaan Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal serta kebersihan awam di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pelbagai faktor perlu dipertimbangkan sebelum akta ini dapat dilaksanakan bagi memastikan...