Wad Kelas Ketiga Percuma Manfaatkan 224,000 Pesakit Terengganu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu telah memperuntukkan lebih RM12 juta sejak tahun 2020 bagi melaksanakan program Wad Kelas Ketiga Percuma, yang telah memberi manfaat kepada lebih 224,000 pesakit di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, menyatakan bahawa program ini adalah satu inisiatif penting dalam memastikan akses kesihatan yang lebih baik untuk...
JAMNPP ZIARAH AMILIN
Permatang Pauh 26 Feb 2024. Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang Ustaz Nizar Tajuddin bersama staf JAMNPP turun menziarahi Sdr Suhaimi yang merupakan seorang amilin tegar. Beliau yang ketika sihat dahulu sentiasa memberi komitmen dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Sdr Suhaimi yang tinggal di Semanggol, Perak sentiasa berulang alik dari rumah ke tempat kerja beliau di Mengkuang Titi Permatang...
Dahan pokok ditebang, rombongan ke Maahad Tahfiz Al-Istiqamah terganggu
Oleh : HABSAH ALI TEMERLOH, 26 Februari – Penduduk di Taman Gau Permai terpaksa menebang dahan pokok yang menghalang laluan pusingan bas yang membawa rombongan muslimat dari Surau Taman Beserah Kuantan, ke Maahad Tahfiz Al-Istiqamah baru-baru ini di sini. Menurut pemandu bas Mohd Zulkifli, beliau telah beberapa kali berusaha untuk mengelak dahan pokok tersebut, yang berisiko menyebabkan cermin bas pecah dan kerosakan pada kotak...
Kejohanan Ping Pong perkasa belia dan komuniti
MARANG – Kejohanan ping pong bukan sekadar pertandingan, tetapi satu inisiatif untuk membangunkan bakat, menyatukan komuniti, dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia Terengganu. Ketua Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Kawasan Marang, En. Harizuddin Mohamad, berkata kejohanan ini menarik penyertaan 24 pasukan dari beberapa daerah, termasuk Kemaman, Dungun, Kuala Nerus, dan Marang. Menurutnya, Kejohanan Ping Pong Tertutup Terengganu Piala...
Terengganu terus laksana Wad Kelas Ketiga Percuma hingga 2028
KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri mengumumkan program Wad Kelas Ketiga Percuma akan disambung sehingga tahun 2028 walaupun berdepan sekatan royalti. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan ini dibuat selepas mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini. "Alhamdulillah, kerajaan negeri telah meluluskan...
Terengganu semak semula garis panduan hiburan
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membuat semakan semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan negeri. Ketua Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Dasar Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS), Mohd Eikhwan Ali berkata, pihaknya diberi tanggungjawab untuk menyelia semula garis panduan tersebut bersama dengan jabatan atau agensi. Juga kerjasama itu menurutnya akan turut membabitkan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan,...
Terengganu tawar Ar-Riyadah Residence sebagai lokasi penganjuran Kursus Jurulatih Bola Sepak
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri sedia menawarkan Ar-Riyadah Residence kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai lokasi penganjuran kursus kejurulatihan dan kepengadilan secara konsisten di peringkat nasional untuk pelbagai tahap. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tawaran itu dihulurkan setelah Kursus Kejurulatihan Kecergasan Asian Football Confederation (AFC) berjaya dijayakan dengan...
Muara cetek, kurang infrastruktur sejak sekian lama bantutkan pendaratan ikan
KUALA TERENGGANU - Masalah muara cetek dan kekurangan infrastruktur di pelabuhan serta jeti perikanan merupakan antara punca yang membantutkan perkembangan perikanan Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan sedang berusaha menangani permasalahan itu sekali gus menggalakkan peningkatan hasil laut di bumi Terengganu berbanding negeri jiran. “Banyak bot nelayan laut dalam C dan...
PSPT 2024-2030: Terengganu janjikan transformasi besar
KUALA TERENGGANU – Terengganu kini memasuki era baharu dalam revolusi pertanian menerusi Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu (PSPT) 2024-2030, yang menjanjikan transformasi besar bagi sektor ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim, menegaskan bahawa kejayaan PSPT 2019-2023 menjadi pemangkin kepada perancangan strategi yang lebih berkesan untuk tahun-tahun mendatang. "Tanggungjawab besar digalas oleh keluarga...
Vape lebih bahaya daripada Morphin
KUALA TERENGGANU - Penggunaan vape jenis tertentu didakwa boleh menyebabkan kerosakan otak hanya dalam tempoh 14 hari, jauh lebih pantas daripada kesan morphin yang mengambil masa 40 tahun untuk merosakkan akal manusia. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah mendedahkan kebimbangan ini berdasarkan satu kajian yang menunjukkan bahawa vape jenis 'mushroom' boleh menyebabkan penyakit...