π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨ π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—™π—”π—§ π—§π—˜π—₯π—•π—¨π—žπ—” π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—œπ— π—” π—§π—˜π—šπ—¨π—₯𝗔𝗑

Merujuk kepada Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu bertarikh 17 Mac 2025, Pemuda PAS Terengganu menyambut baik pendekatan Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap pandangan dan teguran rakyat berkaitan Program Pelita Raya dan Pesta Moreh di Terengganu. Kami menyokong komitmen Kerajaan Negeri dalam mendengar dan mengambil serius setiap maklum balas rakyat. Tindakan ini mencerminkan sikap keterbukaan...

Lawatan Tapak Bilik Jenazah, Kelas KAFA dan KIOSK Gerai bersama DBKK, AJK Surau dan KRT Taman Sepanggar.

Oleh: Fadilah Nordin 17 Mac 2025 SEPANGGAR : ADUN lantikan Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan mengadakan lawatan tapak ke Bilik Jenazah, kelas KAFA dan KIOSK Gerai bersama pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), ahli jawatan kuasa surat dan KRT Taman Sepanggar, di sini baru-baru ini. Lawatan tersebut bagi melihat perkembangan bilik jenazah hasil sumbangan beliau dan orang ramai. "Kami mencadangkan kepada pemilik-pemilik gerai...

Singgah Sahur PAS Kinabatangan, Tanda Terima Kasih Buat Wira Bertugas

Oleh: Fasiha Mohamad 17 Mac 2025 KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan program Singgah Sahur bagi menghargai petugas barisan hadapan yang bertugas pada waktu malam. Program ini melibatkan penyampaian pek makanan sahur kepada kakitangan Hospital Kota Kinabatangan, anggota Balai Bomba dan Penyelamat, anggota Balai Polis Kinabatangan serta pengawal keselamatan di sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan ini. Ketua Pemuda PAS...

Cabaran OKU : Masyarakat perlu ubah persepsi

KUALA TERENGGANU – Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, termasuk stigma masyarakat yang agak negatif kepada golongan ini. Menurut Atlet Parasukma Terengganu, Norhaslina Suria Mohamed berkata, stigma dan persepsi yang salah terhadap golongan OKU masih menebal dalam masyarakat. β€œAda yang menganggap mereka sebagai beban dan tidak mampu berdikari, walhal realitinya ramai dalam kalangan mereka...

Pelita Raya: Terima kasih pilih Seberang Takir

KUALA NERUS - Β Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat menzahirkan kegembiraan dalam pemilihan perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak sebagai tuan rumah Pelita Raya 2025. "Saya ucap terima kasih apabila pihak Jabatan Pelancongan Negeri (Tourism Terengganu) yang pilih Seberang Takir sebagai tuan rumah Pelita Raya kali ini. "Secara peribadi, saya lihat kawasan ini sesuai sebagaimana exco maklumkan, kawasannya...

‘Sekelip mata ia hilang’

DUNGUN - Pemilik Derak Cafe,Β Wan Akmall Izzat Wan Ahmad Kamal mengakui masih terkejut dengan kejadian hiba yang menimpanya pagi semalam apabila kedai yang menjadi punca rezeki utamanya, musnah dijilat api dalam sekelip mata menyebabkan segala-galanya musnah akibat kebakaran yang berlaku pada awal pagi tersebut. Wan Akmall IzzatΒ memaklumkan,Β dianggarkanΒ kerugian yang dialaminyaΒ berjumlah sekitar RM 130,000. Kerugian tersebut merangkumi harta benda kedai yang musnah...

Bantuan pemulihan rumah terbakar akan disegerakan

KEMAMAN - Bantuan bagi Β membaiki tujuh rumah mangsa kebakaran di Rumah Taman Alam Perdana, Binjai di sini akan disegerakan sebaik sahaja proses penilaian selesai dibuat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata, terdahulu sumbangan awal bencana kebakaran buat keluarga mangsa telah disampaikan dalam ziarah baru-baru ini. "Penilaian kerosakan rumah-rumah yang terlibat sedang diproses oleh Pejabat Daerah Kemaman...

‘Selalunya saya pakai baju raya lama, kini dapat baju baru’ – Anak yatim

KUALA TERENGGANU – β€œSelalunya saya hanya pakai baju lama, tapi kali ini saya dapat pakaian baru,” luah Alya Maizara Wan Saifulizan, 11, dengan wajah penuh keceriaan selepas memilih sendiri busana raya dalam program 'Masih Ada Yang Sayang'Β anjuran Pertubuhan Skuad Amal Ajil (Amal Care). Program ituΒ meraikan 100 anak yatim dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dalam usaha membawa kegembiraan kepada...

‘Waspada agenda pluralisme agama’

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, mengingatkan umat Islam agar berwaspada terhadap agenda pluralisme agama yang semakin merebak kebelakangan ini. Menurutnya, terdapat segelintir pihak sedangΒ giat mempromosikan konsep kesamarataan agama dengan menyatakan bahawa semua agama menyeru kepada kebaikan. "Jangan fikir sifir agama sama seperti sifir Matematik. Sebaliknya, sifir agama mestilah berpandukan petunjuk...

URA : Ahmad Amzad tolak dakwaan Perdana Menteri

KUALA TERENGGANU -Β Ahli Parlimen Kuala Terengganu, DatukΒ Ahmad Amzad HashimΒ menolak sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri yang menuduh penentang Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) mempunyai agenda untuk memastikan orang Melayu terus miskin dan berpendidikan rendah. Beliau menyifatkan dakwaanΒ itu sebagai tidak berasas dan bertujuan mengalihkan perhatian daripada kelemahan ketara dalam cadangan akta tersebut. β€œKebimbangan terhadap URA bukan kerana menolak pembangunan tetapi kerana ia membuka ruang...