Perkasa Komunikasi Parti Secara Sistematik
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu terus menggempur medan penerangan dengan pendekatan yang lebih tersusun dan profesional, dalam usaha memperkukuh sistem komunikasi parti agar mesej perjuangan Islam sampai tepat, jelas dan berkesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Harun Isa, berkata, semua peringkat termasuk Lajnah Penerangan dan Media Baru kawasan perlu memperkukuh kerjasama dengan sayap Muslimat bagi memastikan...
Mustahil Lubnan Normalisasi dengan Israel!
Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri, berkata pada hari Sabtu bahawa “normalisasi dengan Israel adalah mustahil.” Semua pihak berkaitan, termasuk Lubnan, Israel, Amerika Syarikat, Perancis, dan PBB, harus dimasukkan dalam rundingan tidak langsung, kata Berri kepada akhbar Lubnan Asharq Al-Awsat. “Tiada bantahan untuk melibatkan pakar awam apabila perlu, seperti yang dilakukan semasa penandaan Garisan Biru pada tahun 2000, apabila pakar geologi dan...
KKerajaan Negeri tegaskan Pensijilan Halal ‘Muslim Choice’ tidak diiktiraf
KUALA TERENGGANU– Kerajaan negeri menegaskan bahawa isu halal bukan sekadar persoalan hukum semata-mata, tetapi turut melibatkan aspek keyakinan, kebersihan, keselamatan serta integriti sesuatu produk atau premis makanan. Penegasan itu dibuat susulan penularan isu penggunaan istilah 'Muslim Choice' oleh sebuah pertubuhan yang didakwa memberi pengiktirafan kepada premis dan produk tertentu, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia...
Trump Isytihar Perang Ke Atas Nigeria: Dr. Khalil Dedah Agenda Tersirat
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengugut untuk menyerang Nigeria atas alasan penindasan terhadap penganut Kristian bukanlah tindakan jujur, sebaliknya mempunyai agenda geopolitik tersembunyi yang berkait dengan perebutan sumber tenaga dan pengaruh global. Menurut beliau, kenyataan itu perlu dibaca secara mendalam kerana...
Adakah Malaysia Kembali Seperti Era ‘Resident British’?
KUALA LUMPUR - Dalam sesi Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, mencelah perbahasan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh berhubung kedudukan Malaysia dalam Perjanjian Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Ketika mencelah, Amzad menimbulkan rasa bimbang terhadap keperluan konsultasi dengan Amerika Syarikat dalam membuat keputusan...
RM300 Ribu diperuntukkan bagi bina baru Jambatan Geliga Che Akob
KEMAMAN - Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM300,000 bagi kos bina baru jambatan di Kampung Geliga Che Akob. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat berkata kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak awal Ogos tahun ini telah siap sepenuhnya. "Ini adalah salah satu projek untuk rakyat. Jalan di sini runtuh enam bulan yang lalu dan hari ini semuanya telah berjaya diselesaikan. "Kami...
Projek Perumahan Taman Hamparan Tawar Konsep Moden Patuh Syariah di Terengganu
KUALA TERENGGANU – P-Excell Management Sdn. Bhd. (PEMSB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), hari ini melancarkan Projek Perumahan Taman Hamparan, satu pembangunan perumahan moden berkonsepkan patuh syariah dengan persekitaran kondusif dan eksklusif di Kampung Peradong, Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek tersebut dibangunkan di...
Ahli Parlimen Desak Agihan Pembangunan Lebih Seimbang Antara Pantai Timur-Pulau Pinang
KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai kriteria kerajaan dalam menentukan sama ada sesuatu projek lebuh raya dilaksanakan oleh kerajaan secara langsung atau diswastakan menjadi tumpuan Dewan Rakyat semalam. Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Mumtaz Md Nawi, meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung asas pemilihan projek sama ada di bawah tanggungan penuh kerajaan atau diberikan kepada pihak swasta khususnya melibatkan projek lebuh raya di...
Air Putih Semarak Nilai Islamiah Melalui Karnival Indahnya Hidup Bersyariat 2.0
KEMAMAN – Karnival 'Indahnya Hidup Bersyariat 2.0: Munajat Air Putih Sejahtera' yang berlangsung meriah di Masjid Dadong, Kemaman pada Jumaat lalu telah berjaya mengukuhkan semangat kebersamaan dan penghayatan syariat Islam dalam kalangan komuniti tempatan. Acara sehari penuh itu, yang bermula seawal Qiamullail pada jam 4. 00 pagi dan berakhir dengan Solat Isyak, dilihat sebagai platform penting dalam membina kesedaran agama...
Kemaman Siap Siaga Hadapi Bencana Monsun Timur Laut
KEMAMAN - Sebagai sebuah daerah yang sering berdepan dengan risiko bencana, sama ada banjir, ribut atau kemalangan industri, satu latihan diadakan bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan masyarakat, semalam. Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam), Dato' Hanafiah Mat berkata latihan yang diadakan bertujuan melengkapkan ilmu mengenai pengendalian mengurus bencana, memantapkan kesiapsiagaan menghadapi bencana. Menurutnya, ia juga mampu mengukuhkan jalinan silaturahim antara agensi penggerak dan...










