Tradisi ‘Raya Nang’ Terus Jadi Amalan Rakyat Terengganu

HULU TERENGGANU - Tradisi sambutan Hari Raya Enam atau lebih dikenali sebagai ‘Raya Nang’ dalam kalangan penduduk setempat, terus menjadi amalan masyarakat di beberapa kampung sekitar Terengganu, termasuk Kampung  Durian Kassim. Setiap kali tiba 8 Syawal, penduduk di kampung ini akan menziarahi tanah perkuburan dan mengadakan majlis tahlil beramai-ramai sebagai tanda penghormatan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang telah meninggal...

Lebih 5,000 Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Ajil

HULU TERENGGANU – Suasana meriah dan penuh kemesraan menyelubungi Dewan Sivik Ajil, apabila lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Ajil semalam. Majlis yang dianjurkan saban tahun itu sekali lagi menjadi tumpuan warga setempat dan tetamu luar yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah tradisional sempena Syawal. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil,...

Wakil Rakyat Kemaman santuni komuniti hospital

KEMAMAN - Semua wakil rakyat di daerah Kemaman turun padang menziarahi Hospital Kemaman sempena sambutan Hari Raya, baru-baru ini. Kunjungan tersebut melibatkan wakil rakyat di Parlimen Kemaman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, ADUN Chukai, Hanafiah Mat, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan ADUN Air Putih, Mohd Hafiz Adam yang bersama-sama menyantuni pesakit serta petugas kesihatan di hospital berkenaan. Menurut...

Sumber air sumbang RM25 juta kepada hasil baharu Terengganu

KUALA TERENGGANU - Agensi di bawah kerajaan negeri, Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) berjaya menjana lebih RM25 juta hasil baharu buat negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setelah hampir lima tahun penubuhan, LAUT telah berjaya menyalurkan hasil sebanyak itu bagi 2024 kepada Kerajaan Negeri. "Kerajaan Negeri akan menggunakan hasi ini sebagai memenuhi komitmen dalam meningkatkan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan sumber air yang menjadi...

Kerajaan Ambil Alih Kuala Kijal Bela Nasib Nelayan

Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dengan mengambil alih kawasan Kuala Kijal sebagai usaha membela nasib para nelayan dan memelihara alam sekitar di kawasan berkenaan. Kuala Kijal merupakan kawasan strategik yang menjadi nadi ekonomi komuniti nelayan setempat, terutamanya di sekitar Kampung Penunjuk dan Kampung Che Wan, yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai sumber pendapatan utama. Pada zaman kerajaan terdahulu, tanah ini...

Terengganu Asas Rangkaian Gas Negara, Petronas Kawal Ketat Keselamatan

KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu memainkan peranan penting dalam sistem pengedaran gas negara, dengan memproses gas dari pelantar luar pesisir sebelum disalurkan ke seluruh semenanjung melalui paip bawah tanah. Peranan ini meletakkan negeri itu di bawah tekanan besar untuk memastikan keselamatan infrastruktur yang amat kritikal kepada masyarakat. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, sebarang...

150 Asnaf Terima Agihan Zakat di KMI

KUALA TERENGGANU - Seramai 150 asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan golongan memerlukan di Hospital KMI Kuala Terengganu (KMIKT) menerima agihan zakat wakalah dalam satu program penuh bermakna. Sumbangan ini hasil inisiatif kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, TDM Berhad, yang semakin menunjukkan prestasi memberangsangkan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menzahirkan...

KMI Sasar Jadi Hospital Pertama di Malaysia Patuh Syariah Sepenuhnya

KUALA TERENGGANU - Hospital yang bukan sahaja menawarkan rawatan berkualiti, tetapi juga menepati prinsip syariah sepenuhnya, itulah sasaran utama Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare). Sebagai sebahagian daripada kumpulan TDM Berhad, KMI kini dalam usaha menjadi hospital pertama di Malaysia yang benar-benar patuh syariah dalam semua aspek operasinya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Najman Kamaruddin, menegaskan bahawa semua hospital...

Lemang Popular Kini Boleh Didapati Di R&R Kijal

KEMAMAN - Lemang kijal yang popular dan laris setiap kali menjelang perayaan kini berpeluang untuk dirasai oleh semua pelancong serta pengunjung yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) apabila ia dijual di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, semalam menjadi sejarah baru apabila lapan pengusaha telah...

TDM Santuni 200 Asnaf DUN Bukit Besi

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) menyantuni 200 orang asnaf melalui program TDM Bersama Masyarakat DUN Bukit Besi di Dewan Sivik Jerangau Sungai. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, TDM telah memperuntukkan sebanyak RM40,000 untuk agihan kepada 200 asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi melalui kerjasama strategik antara TDM dan Pusat Khidmat Masyarakat...