NGO diminta lapor diri bagi penyelarasan tugas
KUALA TERENGGANU, 28 Februari – Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) diminta melapor diri terlebih dahulu ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) kawasan bagi mengelakkan pertindihan bantuan. Perkara demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam lawatan beliau ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong, malam tadi. “Kerajaan negeri mengalu-alukan bantuan NGO...
Bomba Selangor kerah anggota, aset ‘Balas Budi’ Terengganu
KUALA TERENGGANU, 28 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor semalam memaklumkan telah menghantar pasukan bagi membantu operasi banjir di Terengganu. Perkara demikian dimaklumkan kepada pemberita oleh Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, bahawa sembilan anggota, dua bot dan satu lori lima tan dihantar bagi tujuan tersebut. "Bantuan dari Bomba Selangor bertolak ke Terengganu pada jam 6 petang tadi...
Ijtimak Guru kumpul warga pendidik PAS Perlis
KANGAR, 28 Feb: Seramai 100 orang guru menyertai Ijtimak Guru Institusi Pendidikan PAS Perlis 2022 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Lori Terbalik : ADUN Ajil mohon maaf ‘Terlewat’ hantar bantuan
HULU TERENGGANU, 28 Februari – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim memohon maaf kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Berang kerana tidak dapat menghantar bekalan makanan dan pakaian tepat pada masanya susulan lori bantuan yang dinaikinya terbalik. "Saya memohon maaf kerana terlewat menghantar barang keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi (semalam). "Alhamdulillah bantuan sama telah dihantar oleh pasukan lain selepas lori kami tak dapat...
Pasukan penyelamat pindahkan 160 pelajar tingkatan lima guna bot
HULU TERENGGANU, 28 Februari- Seramai 160 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama Mahmudiah (SMA Mahmudiah) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Imtiaz yang menginap di asrama terpaksa dipindahkan menggunakan bot selepas sekolah dinaiki air lebih dua meter semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, operasi menyelamat telah digerakkan dengan dua bot dari Balai Bomba dan...
44 Kawasan Hulu Terengganu alami gangguan air
HULU TERENGGANU, 28 Februari - 44 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas loji rawatan air di sini terpaksa dihenti tugas. Ia berikutan gangguan kualiti kekeruhan air mentah yang tinggi telah masuk ke rumah pam dan melepasi keupayaan reka bentuk loji akibat banjir. Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam satu kenyataan berkata jangkaan untuk semua loji rawatan air ini...
PM arah agensi bantu Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 28 Februari – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua agensi kerajaan persekutuan berkaitan bencana membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan. Perdana Menteri turut mengingatkan agar semua mangsa mengutamakan keselamatan dalam menghadapi banjir luar jangka ini. “Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan...
Jumlah mangsa banjir di Terengganu belum berkurang
KUALA TERENGGANU, 28 Februari- Banjir gelombang kelima yang memasuki hari keempat di Terengganu terus merekodkan pertambahan mangsa apabila seramai 13,971 orang dipindahkan setakat jam 4 petang tadi. Sebanyak 160 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 3,875 keluarga. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi selepas seramai 4,420 orang dipindahkan...
Sekolah banjir, Calon SPM dipindahkan
KEMAMAN, 28 Februari - Seramai 82 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih dipindahkan selepas sekolah tersebut dinaiki air, sejak semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pemindahan pelajar tersebut dibantu pihak polis kira-kira 1 tengah hari ini menggunakan dua buah lori ke SMK Cheneh Baru, kira-kira 23 kilometer dari sekolah berkenaan. Jelasnya, meskipun...
Beberapa Kampung Hulu Besut ditenggelami air
Oleh : Rohayati Ripin BESUT – Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari ini menyebabkan beberapa kampung mulai ditenggelami air. “Pagi tadi sempat turun ke beberapa pusat pemindahan sementara dan menyampaian sedikit sumbangan. “Seramai 53 orang jumlah mangsa banjir yang membabitkan lapan buah keluarga kini ditempatkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di kawasan Hulu Besut, hari ini. “ kata Setiausaha PAS Kawasan...