21 Masjid terima sumbangan iftar
Oleh AMAL NABILA KUPANG – ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) memberikan sumbangan iftar kepada 21 masjid sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak. Katanya, sumbangan ini merupakan tradisi setiap tahun menjelang Ramadan. Agihan sumbangan ini diberikan menerusi imam dan setiausaha dalam majlis di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang. Pada masa yang sama, Haji Najmi turut menyampaikan sumbangan tunai...
Pengangkutan percuma untuk penginap 7 hotel ke Madinah Ramadan
KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) menyediakan kemudahan pengangkutan percuma kepada para penginap di tujuh hotel yang berdaftar dengan TIC di sekitar bandar Kota Bharu untuk menunaikan solat terawih di Madinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV. Tujuh hotel tersebut ialah The Grand Renai, Hotel Perdana, H Elite Design...
SUKMA Kelantan 2026: Pembangunan fizikal dan atlet telah bermula
Kelantan turut meluluskan RM134.5 juta untuk pembangunan infrastruktur asas Madinatul Riadhah (Kompleks Sukan) di Bukit Merbau, Pasir Putih dan RM30 juta untuk pembinaan jalan masuk sepanjang 2.4 kilometer.
Kedah jadi tuan rumah pemukiman Kelab Media Semalaysia
LANGKAWI - Exco Penerangan, Multimedia dan Komunikasi Kedah, Wan Romani Wan Salim merasmikan pemukiman Kelab Media Semalaysia, baru-baru ini. Pemukiman ini merupakan program julung kalinya diadakan bagi menghimpun semua persatuan dan kelab media dari seluruh Malaysia. “Peranan teknologi digital sangat penting dalam medium penerangan. “Memanfaatkan peranan teknologi ini diperlukan bagi memastikan semua syarikat media terus relevan dengan masa kini,” katanya ketika menyampaikan...
Lengkapkan aktiviti Ramadan dengan membaca
TUMPAT, 4 April: Ramadan tiba mengingatkan kita kepada wahyu pertama, Iqra’ yang menekankan kepentingan membaca. Inilah masa terbaik untuk melengkapkan jadual Ramadan dengan memperbanyakkan aktiviti membaca al-Quran bersama terjemahannya dan memahami maksud firman Allah SWT dengan merujuk kitab para ulama. Di samping buku-buku lain yang memberi ilmu yang berguna dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Demikian kenyataan Ahli Parlimen Tumpat,...
Tahniah TM, KPDNHEP mulakan Ramadan dengan sedekah – Exco Dakwah
PASIR MAS, 3 April: Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Telekom Malaysia (TM) Kelantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan atas kebijaksanaan meraih pahala pemula Ramadan dengan bersedekah. Dato' Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan...
Majlis dialog masyarakat India bersama pemimpin dapat sambutan
PUCHONG, 3 April: Majlis Makan Malam dan Dialog Mahabbah Pimpinan kerajaan Negeri Bersama Masyarakat India Kelantan di perantauan yang berlangsung di MTREE Hotel, Puchong pada jumaat lalu meriah dengan kehadiran melebihi 120 orang masyarakat india meliputi dari pelbagai latar belakang dan perbezaan umur. Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu, berakhir dengan sesi dialog bersama tiga ahli panel...
SIDANG ’21 komited bersama kerajaan laksanakan DPRK, STEM
KOTA BHARU, 3 April: Persidangan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) 2021 (SIDANG '21) dan Kongres Pendidikan Rakyat 2022 anjuran Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) bersama Konfederasi NGO Kelantan (KNK) berjaya menghimpunkan 280 perwakilan mewakili 140 NGO di Hotel H-Elite Bandar Baru Tunjung, semalam. Program bermula dengan pembentangan tiga kertas kerja; Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) Peranan NGO...
PKD Tanjong Mas anjur program gunting rambut
KOTA BHARU, 3 April: Pusat Khidmat DUN (PKD) Tanjong Mas menganjurkan Program Gunting Rambut Kembali Ke Sekolah di perkarangan PKD Tanjong Mas Berek 12, semalam. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim, program secara percuma ini adalah kelolaan Pemuda Tanjong Mas untuk membantu para pelajar sempena sesi baharu persekolahan tahun 2022 ini. Ibu bapa yang hadir...
Penyanyi seksi : JHEAT, polis lancar siasatan
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak polis membuat siasatan lanjut berkenaan penyanyi seksi yang tular di sebuah hotel di sini, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, penganjuran tersebut amat dikesali dan pihaknya telah meminta pengurusan hotel untuk lebih teliti dalam menerima sebarang tempahan...