Program Menyantuni Warga Asnaf tekankan kepentingan kesihatan

Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 9 Nov : Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Dato’ Andansura Rabu, menekankan kepentingan menjaga kesihatan bagi menunaikan ibadat seperti solat, puasa dan haji ketika menghadiri Program Menyantuni Warga Asnaf di Beserah di sini hari ini. Program ini dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota (DMPIM)  melalui Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, Lajnah Kesihatan bersama Jawankuasa Muslimat PAS Cawangan Beserah...

Permohonan baik pulih jambatan diluluskan, penduduk harap disegerakan

Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 9 Nov : Penduduk Kampung Alor Ladang dan Taman Beserah menaruh harapan agar kerja-kerja pembaikan jambatan yang telah diluluskan dapat disegerakan berikutan struktur jambatan berkenaan yang telah lama rosak. Jambatan tersebut menjadi laluan utama penduduk ke tempat kerja dan sekolah, namun penutupan kepada kenderaan berat sejak beberapa bulan lalu memaksa mereka menggunakan jalan besar yang sibuk...

Temasya Sukan PASTI Lahad Datu angkat syiar Islam

  Oleh : Nur Marlyannah Umar 9 November 2025, Ahad LAHAD DATU: Temasya Sukan PASTI Lahad Datu 2025 telah berlangsung yang melibatkan 7 buah PASTI, pagi tadi. Temasya ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu Tan Chin Khoon, ianya bertujuan untuk mendekatkan institusi PASTI dengan masyarakat dan mengangkat syiar Islam dalam kalangan penduduk setempat. Menurutnya, sukan ini juga merupakan medium untuk...

27 Bekas Ahli Umno Sertai PAS

Oleh : Afiq Saadi BESUT – Seramai 27 bekas ahli UMNO Cawangan Darang Buaya secara rasmi menyertai PAS dalam Majlis Liqa’ Mahabbah DUN Jerteh berlangsung di Balai Raya Darang Buaya malam tadi. Penyerahan borang keahlian disempurnakan di hadapan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Haji Husain Awang. Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jerteh YB Ustaz Dr Riduan Mohd Nor, gelombang kemasukan ahli...

Tahu lebih Baik Daripada Tidak

KUALA TERENGGANU – Kesedaran awal dan keberanian wanita untuk menjalani ujian saringan kanser payudara amat penting bagi memastikan pengesanan awal dapat dilakukan dan nyawa dapat diselamatkan. Naib Pengerusi Khairunnisa’ Terengganu, Dr Farhanaa Husainy Abdullah, berkata, ramai wanita masih diliputi perasaan takut sehingga mengelak melakukan saringan, sedangkan tindakan awal mampu memberi kelegaan dan peluang rawatan lebih baik. “Ketakutan kepada perkara yang tidak...

Felda Berdepan Tindakan Undang-Undang Jika Gagal Penuhi Tuntutan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 9 November – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan bahawa Felda akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mematuhi tuntutan serta penyelesaian yang ditetapkan sebelum tarikh akhir 29 November ini berkaitan pengoperasian Ladang FGV Setiu 1 dan ladang-ladang lain di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim, berkata Felda telah diberikan...

Projek RM51 Juta Bukit Keluang–Bukit Bubus ‘Rahmat’ Buat Penduduk

Oleh : Ahmad Hilmi BESUT – Projek Jalan dan Jambatan Alternatif Bukit Keluang–Bukit Bubus bernilai RM51 juta bukan sahaja menyelesaikan isu perhubungan dan banjir di kawasan itu, malah dijangka menjadi mercu tanda pelancongan baharu di daerah Besut. Namun di sebalik kegembiraan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman menzahirkan kebimbangan berhubung potensi penyalahgunaan laluan baharu tersebut...

ART Mungkin Jejas Kuasa Dasar Negara

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, menegaskan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat perlu diberi perhatian serius kerana sebahagian kandungannya dilihat berpotensi memberi kesan kepada kuasa kerajaan dalam menentukan dasar negara. Berucap ketika perbahasan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, beliau berkata pendekatan 'whole of government' seperti yang disebut...

Fun Run Fun Ride terapkan amalan hidup sihat

Oleh: Nur Marlyannah Umar 8 November 2025, Sabtu LAHAD DATU: Program yang melibatkan lebih 400 orang murid PASTI itu adalah bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup yang sihat di usia yang lebih muda, kelmarin. Timbalan Ketua Pemuda PAS Lahad Datu, Hilmi Hairie, menzahirkan ucapan tahniah kepada PASTI Lahad Datu atas penganjuran program yang cukup bermakna itu. Menurutnya lagi, program itu dianjurkan untuk menyahut...

Kesal Sikap Gopoh Kerajaan Tandatangani Perjanjian MY–USA

KUALA TERENGGANU – Ameerah Terengganu menzahirkan rasa kesal terhadap sikap gopoh kerajaan dalam menandatangani Perjanjian Tarif Timbal Balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (MY–USA) yang didakwa dibuat tanpa penjelasan terbuka serta kajian menyeluruh terhadap implikasinya kepada ekonomi negara. Pengarahnya, Sumaiyah Zakaria berkata, tindakan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anak muda terhadap kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan kedaulatan ekonomi serta...