Anggota TLDM tercedera bukan sebab perang

Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 28 Apr - "AnggotaTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kita bukan cedera sebab perang, tetapi cedera akibat kemalangan jalan raya. Ini perkara yang kita tidak mahu berlaku," tegas Ahli Dewan Negeri Beserah, YB Dato' Andansura Rabu dalam Persidangan Dewan Negeri Pahang baru-baru ini. Beliau merujuk kepada aduan yang diterima daripada pegawai TLDM di Tanjung Gelang mengenai keadaan...

Sultan Mizan Sokong Penuh Usaha Kerajaan Negeri Perkasa Syariah

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam memperkasa syariah di negeri terbabit. Sehubungan dengan itu, Baginda menyeru kerajaan negeri agar terus memberi penekanan kepada pemerkasaan syariah sebagai salah satu agenda utama di Terengganu. Baginda menzahirkan sokongan terhadap inisiatif tersebut yang meliputi pemantapan undang-undang, pemerkayaan ilmu serta penambahbaikan fasiliti agar selaras dengan keperluan dan perkembangan...

Gabungan doktor sokong Terengganu larang jual vape

KUALA TERENGGANU - Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Terengganu menyambut baik keputusan kerajaan negeri untuk melarang penjualan vape di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 1 Ogos 2025. PAPISMA menegaskan bahawa langkah kontroversial tersebut amat penting bagi menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Terengganu. Pengerusi PAPISMA, Dr. Hazizul Helmy Hamad@Ahmad berkata, langkah ini disifatkan...

Emy Niar pecah dominasi lelaki, menyadat nira

HULU TERENGGANU – Emy Niar Zurkanai, 33, ibu muda kepada tiga anak, membuktikan bahawa wanita juga mampu memecah tradisi apabila dia menjadi satu-satunya wanita tukang sadat nira di Kampung Durian Kassim, Hulu Terengganu. Kebolehan tersebut sekaligus menangkis stigma bahawa pekerjaan itu hanya sesuai untuk lelaki. Keinginan untuk membantu suami dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong Emy Niar untuk mencuba sesuatu yang baru –...

Sultan Terengganu Kurnia Darjah Kebesaran kepada 130 individu

KUALA TERENGGANU - Seramai 130 orang menerima kurniaan darjah kebesaran dan bintang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-63 di Istana Syarqiyyah, di sini hari ini. Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail serta paduka-paduka anakanda Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Yang Amat...

Generasi pertama SMIDI Dungun catat GPS 2.50 SPM 2024

DUNGUN- 'Anak sulung' Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) iaitu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun, mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.50 dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024. Daripada 49 pelajar, tiga daripadanya memperoleh 10A, empat pelajar 9A, enam (8A), lima memperoleh 7A dan lapan orang meraih 6A. Lebih menarik lagi, SMIDI itu turut meraih kedudukan pertama di daerah Dungun dalam...

Exco Kerajaan Negeri tampil bantu mangsa kebakaran Exco Kerajaan Negeri tampil bantu mangsa Kebakaran

HULU TERENGGANU – Keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu terserlah apabila Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, turun padang menziarahi sebuah keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kebakaran di Kampung Tualang, Manir, tengah hari tadi. Beliau hadir bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk menyampaikan sumbangan awal serta memberi jaminan bantuan segera daripada kerajaan...

Pahang diseru ambil peluang dalam ketidaktentuan dagangan dunia

Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 24 Apr – Ahli Dewan Negeri Beserah YB. Dato' Andansura Rabu menyeru kerajaan negeri Pahang agar mengambil peluang daripada ketidaktentuan ekonomi global berikutan perang dagangan antara kuasa-kuasa besar dunia. Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri atas kejayaan menarik pelaburan berjumlah RM7.5 bilion...

Ziarah prihatin menyentuh hati pesakit

Oleh : JARIAH ISMAIL Raub, 25 Apr – Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Raub Zafirah Zainudin merasa terharu dengan kunjungan Ketua Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Mohd Salleh di kediaman bapanya di sini kelmarin. “Alhamdulillah, saya rasa sangat terharu dengan kunjungan Ustazah Nuridah bersama pembantunya Ustazah Zurina ketika saya sedang sakit. Kehadirannya di saat-saat begini menunjukkan rasa prihatin dan kasih...

PMINT peroleh peruntukan RM82.1 juta

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah berjaya mendapatkan peruntukan berjumlah RM82.1 juta daripada Kementerian Ekonomi melalui pelbagai program pembangunan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato' Wan Adnan Wan Derahman berkata, ia juga termasuk melalui 'Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Projek 'People-Centric, inisiatif kemudahan rakyat dan projek khas. Ujarnya, antara cadangan pembangunan baharu pula membabitkan Kubang Parit...