Pelajar Cemerlang dan Kanak-Kanak Dirai dalam Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kinabatangan
Oleh: Fatiha Mohamad 01 Mei 2025 KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan mengadakan sambutan Hari Raya dengan meriah, meraikan pelajar cemerlang dan anak-anak dari TASTI, PASTI, SRITI serta Mini Tahfiz. Majlis menyaksikan penyampaian hadiah kepada pelajar SPM cemerlang dari SMK Bukit Garam 1 dan SMK Bukit Garam 2, selain agihan duit raya kepada murid-murid. Pertandingan booth tercantik turut dianjurkan dengan PASTI Darul Itqan dinobatkan sebagai...
Komitmen Kaukus perkukuhkan amalan demokrasi negeri
Oleh : HABSAH ALI KUALA LUMPUR, 30 Apr – Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah YB Dato’ Andansura Rabu menyatakan komitmennya untuk menyumbang kepada usaha menambah baik amalan prinsip demokrasi di negara ini dengan menyertai Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti. Menurut beliau, penyertaannya pada awalnya agak keberatan kerana kekangan masa, namun komitmen itu diteruskan memandangkan perbincangan banyak dilakukan secara dalam talian. Kaukus ini merupakan...
UMDAP MEMPERSUCI DAP
Minda Presiden PAS UMDAP MEMPERSUCI DAP Kemenangan UMNO bersama DAP (UMDAP) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning tidak bermakna memberikan kesan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Sifat perubahan dalam arus politik menjadi tabii alam dan dinamik dalam politik, termasuk ke arah yang tidak istiqamah bersama Islam. Firman Allah SWT: لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ...
TW Bakti, Coara Solar tandatangani perjanjian bagi Projek Pembangunan Solar di Besul, Dungun
KUALA TERENGGANU – Anak syarikat Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), TW Bakti Sdn Bhd dan Coara Solar Sdn Bhd. menandatangani perjanjian bagi projek pembangunan solar berkapasiti 250MW di Besul, Dungun. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah TW Bakti Sdn Bhd, Dato’ Dr. Alias Razak dan Dato’ Dr. Din Adam serta wakil dari Coara Solar Sdn Bhd, Mr....
Terengganu tarik pelaburan komited RM1 bilion sehingga suku pertama 2025
KUALA TERENGGANU - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya memudahcara pelaburan komited berjumlah RM1 bilion di Terengganu setakat suku pertama tahun 2025. ECERDC dalam kenyataan hari ini berkata, angka itu mewakili 43 peratus daripada sasaran pelaburan sebanyak RM2.4 bilion yang ditetapkan untuk negeri tersebut tahun ini. Menurut ECERDC, sebahagian besar daripada pelaburan itu didorong oleh sektor pelancongan, yang mengukuhkan...
Terengganu Haram Vape demi lindungi generasi masa depan
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengambil langkah berani dan tegas apabila mengumumkan pengharaman penuh terhadap penjualan serta penajaan vape bermula 1 Ogos 2025, sebagai usaha memelihara masa depan generasi muda daripada ancaman kesihatan yang semakin membimbangkan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bahawa kerajaan negeri beriltizam menjaga nyawa, akal dan keturunan rakyat...
Fitnah Hina Agong: ADUN Sura hasrat heret Zulqarnain ke Mahkamah
DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin hari ini berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang peguam, Zulqarnain Lukman, berikutan tuduhan liar yang mengaitkannya dengan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Menurut Dr Tengku Muhammad Fakhruddin, tuduhan tersebut disifatkan sebagai sangat berat, tidak berasas, bersifat jahat dan berunsur niat buruk (mala fide). "Zulqarnain Lukman secara terbuka telah mengeluarkan kenyataan...
Sokongan penuh kepada pengharaman vape: Saranan kepada Kerajaan Pahang dan seruan kepada belia Paya Besar
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR 29 April 2025 SOKONGAN PENUH KEPADA PENGHARAMAN VAPE: SARANAN KEPADA KERAJAAN PAHANG DAN SERUAN KEPADA BELIA PAYA BESAR Dewan Pemuda PAS Paya Besar menyatakan sokongan penuh terhadap langkah tegas Kerajaan Negeri Terengganu yang telah meluluskan pengharaman...
60 NGO sokong Terengganu sekat vape
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia menyokong usaha Kerajaan Terengganu memperkukuhkan kawalan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap vape. Jurucakap Gabungan NGO berkenaan memaklumkan, perluasan skop penguatkuasaan yang akan berkuat kuasa 1 Ogos depan perlu disebarluaskan ke seluruh negara. ”Ini termasuk meneruskan larangan yang sedia wujud untuk tidak mengeluarkan lesen kepada penjualan vape. ”Selain tindakan tegas mengikut...
Arab Saudi, Qatar Selesaikan Hutang Tertunggak Syria
Arab Saudi dan Qatar telah mengumumkan bahawa mereka akan menyelesaikan hutang Syria kepada Bank Dunia berjumlah kira-kira $15 juta, menurut satu kenyataan yang diterbitkan oleh Agensi Akhbar Saudi, dalam usaha terbaru untuk membantu membalikkan nasib ekonomi negara yang dilanda perang bertahun-tahun. Kedua-dua negara Teluk telah memainkan peranan penting dalam jangkauan diplomatik kepada kerajaan interim baharu Syria sejak penyingkiran pemimpin lama...