Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Wilayah Persekutuan 2025 Meriah di Wangsa Maju Pengunjung Raikan Perpaduan dalam Suasana Harmoni

WANGSA MAJU, 4 MEI 2025 – PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 dengan penuh kemeriahan di Wangsa Maju semalam, menyaksikan kehadiran lebih 4,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang kaum, agama dan fahaman politik. Acara tahunan ini telah dihoskan oleh PAS Kawasan Wangsa Maju dan diberi kepercayaan menjadi tuan rumah. Penganjuran yang tersusun dan sambutan luar biasa daripada...

Program Candat Sotong Kini Bertaraf Antarabangsa

KUALA TERENGGANU – Program Mencandat Sotong Terengganu kini melangkah ke pentas antarabangsa apabila berjaya menarik penyertaan wakil luar negara seperti dari Narathiwat (Thailand), Singapura dan Filipina. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, promosi dilaksanakan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mendapat sambutan amat memberangsangkan, termasuk daripada peserta antarabangsa yang akan menyertai program sepanjang...

16 Pelajar Politeknik Dungun Terpilih Ke China

Oleh : Nooreni Abu Bakar  DUNGUN - Seramai 16 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini terpilih menyertai Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di Liuzhou, China. Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata,  mereka merupakan sebahagian daripada 34 pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang diberi kepercayaan untuk menjalani latihan intensif industri bagi fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) projek...

100 Muslimat Hadir Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Sepanggar ke-13

Oleh: Mahfudzah 07 Mei 2025 SEPANGGAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 dengan jayanya bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada Ahad baru-baru ini. Mesyuarat yang bertemakan Generasi Sejahtera Merintis Kemenangan itu dihadiri oleh lebih 100 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh kawasan Sepanggar. Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Nusaibah...

Yayasan Terengganu agih lebih RM5 juta hargai pelajar cemerlang

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) telah memperuntukkan lebih RM5 juta sebagai anugerah dan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sejak tahun 1979 sehingga tahun 2023. Nilai tersebut melibatkan seramai 17,439 pelajar cemerlang SPM, 1,532 pelajar STPM dan 693 pelajar STAM dengan jumlah keseluruhan sebanyak 19,664. Bagi penyampaian Anugerah...

Sultan Terengganu santuni warga istimewa dan fakir miskin

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-63, yang berlangsung penuh istiadat di Dewan Santapan, Istana Syarqiyyah, di sini hari ini. Keberangkatan baginda diiringi oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta...

Dapur Rakyat Lamag Bukan Sekadar Edar Makanan, Tapi Satukan Hati Masyarakat

Oleh: Fatiha Mohamad 06 Mei 2025 Kinabatangan: “Alhamdulillah, Dapur Rakyat Lamag kini sudah masuk kali ketiga kita laksanakan, dan sambutan yang kita terima daripada penduduk sangat menggalakkan,” demikian ujar Ketua Muslimat PAS Kinabatangan, Shahirah Salasain ketika berucap dalam Program Dapur Rakyat Lamag 3.0 yang berlangsung kelmarin di Kampung Berjaya 2, Masjid Al-Hilal. Menurut beliau, program ini bukan sekadar mengedarkan makanan tetapi menjadi...

PAS Kinabatangan Kunjungi Balai Bomba Kinabatangan Sempena Hari Bomba

Oleh: Fikril Mohamad 06 Mei 2025 Kinabatangan: Usai sahaja program edaran bakul makanan pada pagi tadi, PAS Kawasan Kinabatangan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan, Jumaidin Lakalla telah meneruskan aktiviti dengan mengunjungi Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bersempena sambutan Hari Bomba. Kunjungan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan anggota bomba yang sentiasa bersedia menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat. Sebagai simbolik penghargaan,...

PAS Kinabatangan Terus Prihatin, Santuni Penduduk Kg Perpaduan

Oleh: Fatiha Mohamad 06 Mei 2025 Kinabatangan: “Kami datang bukan hanya membawa bantuan tetapi membawa rasa kebersamaan.” Demikian ungkapan Ketua PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla semasa menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk Kg Perpaduan. Program ziarah ini merupakan inisiatif mingguan PAS Kawasan Kinabatangan bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan. “Sebanyak 20 bakul makanan diagihkan hari ini. Walau kecil nilainya, kami harap besar maknanya...

Pelajar Imtiaz Raih Anugerah Emas di Universiti Vietnam

KUALA TERENGGANU - Pelajar sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut berjaya meraih pingat emas kategori Anugerah Inovasi sempena Anugerah Kreativiti dan Inovasi Antarabangsa (ICIA) 2025 yang berlangsung di University of Economics Ho Chi Minh City, Vietnam, baru-baru ini. Kemenangan tersebut diperoleh menerusi inovasi platform pembelajaran interaktif i-Tasheel Arabic Innovation (i-TAR), hasil usaha pelajar Muhammad Hafizin Fahmi Mohd Hamdan, Ahmad Wajdan...