Terminal Bas Bersepadu dijangka siap hujung tahun 2025

KOTA BHARU, 20 Jul: Projek Pembangunan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) yang baharu akan diteruskan pembinaannya bagi menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh dan dijangka siap hujung tahun 2025. Manakala bangunan komersial dan apartment pula dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sembilan tahun. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Hanifa Ahmad berkata, projek...

HFMD, COVID-19 di Kelantan menurun

KOTA BHARU, 20 Jul: “Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di negeri Kelantan pada tahun 2022 adalah dalam trend menurun di mana kes yang dilaporkan pada minggu epid 28 menurun sebanyak 58.5 peratus berbanding minggu epid 27.” Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14, semalam. Menurutnya,...

PPM Wilayah Tiga Tok Bali 15 peratus siap

PASIR PUTEH, 20 Jul: Pembinaan Pejabat Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali di atas tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang berkeluasan 13.46 ekar mencapai kemajuan kerja 15 peratus setakat Jun 2022 dan dijangka siap pada April 2024. PBLT Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) selaku Pemaju atau Agensi Pelaksana bagi projek...

Wanita Kelantan hebat dalam pelbagai bidang – Dato’ Mumtaz

KOTA BHARU, 19 Jul: Wanita di Negeri Cik Siti Wan Kembang terkenal dengan sifat cekal dan gigih berusaha sejak dari dulu lagi membuatkan mereka sehingga hari ini dapat menempa kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi sehingga dapat mengukir nama ke persada antarabangsa. “Kerajaan Negeri dalam rangka mewujudkan Genius Aqbariah sebagai platform untuk menghimpunkan wanita Kelantan yang berjaya bagi menyumbang semula...

RM1.5 juta untuk penswastaan kutipan sisa pepejal – YB DR Izani

KOTA BHARU, 19 Jul: Dalam meningkatkan mutu pengurusan kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal di seluruh Kelantan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sistem penswastaan kutipan sisa pepejal di laluan-laluan utama di beberapa buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Kelantan. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Izani Husin, ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan...

Kelantan serius banteras isu pembalakan haram – MB

KOTA BHARU, 19 Jul: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memandang serius isu pembalakan haram. Menurutnya, pendekatan tegas diambil bagi membanteras masalah tersebut melalui operasi bersepadu JPNK yang dengan pelbagai agensi penguatkuasaan menerusi aktiviti pemantauan kawasan perhutanan secara berkala melalui penderiaan jauh. Termasuk pemeriksaan melalui rakaman dron,...

Kerajaan negeri anjur program sesuai dengan keperluan semasa anak muda – Exco Belia

KOTA BHARU, 19 Jul: Kerajaan Negeri melalui Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) sentiasa mengadakan program bersifat kepimpinan seperti townhall belia Kelantan, forum, seminar dan seumpamanya yang berkaitan dengan bidang politik. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, YB Saiful Adli Abu Bakar...

Kerajaan negeri bantu nelayan tingkatkan hasil

KOTA BHARU, 19 Jul: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata jumlah nelayan yang berdaftar mengikut data rasmi Perangkaan Jabatan Perikan sehingga tahun 2020 adalah berjumlah 5500 meliputi beberapa Zon seperti Zon A, Zon B, C termasuklah C2 di jajahan Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir...

Hampir RM4 juta peruntukan naik taraf lokasi tumpuan

KOTA BHARU, 18 Jul: Sejak kempen Kelantanku Bersih dilancarkan, kebersihan di lokasi tumpuan telah meningkat dan menunjukkan prestasi positif. Kerajaan Kelantan istiqamah memberi perhatian serius dalam meningkatkan insfrastruktur kebersihan lokasi tumpuan. Sebanyak RM 3,998,632 peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan tersebut. RM1,560,400 dana bagi menaik taraf pasar dan gerai, RM859,062 pula bagi menaik taraf stesen bas dan kemudahan awam,...