Jambatan Baharu Bakal Dibina di Laluan FT36 Kenyir

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu mengesahkan permohonan peruntukan bagi pembinaan jambatan baharu di Laluan Persekutuan FT36 Seksyen 89 yang runtuh sebelum ini telah diluluskan dan kini berada pada peringkat perolehan dengan anggaran kos sebanyak RM36 juta. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana) Negeri, Dato'  Hanafiah Mat berkata, lawatan tapak bagi projek tersebut...

Terengganu Tubuh Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2027

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan menubuhkan sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2027 bagi memperkasakan gerak kerja mempromosikan Terengganu dan akan mengerakkan sinergi pelbagai pihak. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekretariat yang akan ditubuhkan itu akan melibatkan pelbagai entiti kerajaan, anak syarikat kerajaan negeri (GLC), pihak swasta, penggiat industri dan wakil komuniti. "Negeri Terengganu mesti menjadikan Tahun...

Thailand Gantung Perjanjian Damai Dengan Kemboja Selepas Letupan Periuk Api

Thailand telah menggantung pelaksanaan perjanjian damai yang diusahakan oleh Amerika Syarikat dengan negara jiran Kemboja selepas letupan periuk api berhampiran sempadan mereka mencederakan dua askarnya. Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berkata selepas kejadian pada hari Isnin bahawa semua tindakan yang akan dijalankan di bawah gencatan senjata akan dihentikan sehingga tuntutan Thailand, yang masih belum dinyatakan, dipenuhi. “Permusuhan terhadap keselamatan negara kita...

Tiga Fokus, Tujuh Pemacu Utama Pandu Belanjawan Terengganu 2026

KUALA TERENGGANU – Tiga fokus menjadi panduan dan tujuh pemacu utama Belanjawan Terengganu 2026 untuk mempertingkat prestasi pentadbiran, kecekapan perkhidmatan dan kepercayaan rakyat , ke arah merealisasikan visi negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. Menteri Besar, Dato’ Sri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, , ketiga-tiga fokus ini dirangka bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran, menstruktur semula daya tahan ekonomi, dan memastikan kesejahteraan...

PAS Wilayah Persekutuan: Sokong Keberanian Albert Tei, Tuntut Tindakan Tegas SPRM

KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS Wilayah Persekutuan menyatakan solidariti penuh bersama saudara Albert Tei, seorang pemberi maklumat (whistleblower) yang berani mendedahkan skandal rasuah terbesar dalam sejarah Sabah, sambil menyeru rakyat agar terus bangkit menentang budaya kotor yang merosakkan negara. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PAS Wilayah turut menyokong sepenuhnya Perhimpunan “Tangkap Jerung” yang dijadual berlangsung Jumaat, 14 November...

Sidang DUN Bajet 2026; RM9.87 Bilion Pelaburan Asing 2022 hingga Jun 2025

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM9.874 bilion sepanjang tempoh 2022 hingga Jun 2025, hasil pelaksanaan pelbagai misi pelaburan strategik di luar negara. Katanya, daripada jumlah tersebut, RM8.687 bilion merupakan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang telah mewujudkan 5,661 peluang pekerjaan baharu di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Ekonomi Digital Negeri, YB Haji Mohd...

Projek Terminal Bas Jertih Alami Sedikit Kelewatan, JKR Ambil Langkah Pemulihan

KUALA TERENGGANU — Pembinaan Terminal Bas Jertih yang dijangka siap pada Jun 2027 kini menunjukkan kemajuan fizikal sebanyak 11.62 peratus, sedikit lewat berbanding jadual asal iaitu 13.51 peratus, dengan perbezaan -1.89 peratus bersamaan enam hari bekerja. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, YB Dato’ Haji Hanafiah Mat, kelewatan ini berpunca daripada kegagalan pihak kontraktor mematuhi...

Terengganu Sasar Jadi Destinasi Pelancongan Utama

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu komited menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai batu loncatan penting untuk memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai destinasi pelancongan utama negara. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata usaha itu akan dilaksanakan melalui penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa yang mampu menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara. “Antara program yang bakal menjadi tumpuan ialah...

Kempen Selamat Tinggal Umno Bakal ‘Hanyutkan BN Terengganu’

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor Serangan bertali arus jentera propaganda BNPH menghentam PAS namun permata tetap permata. Lihat sahaja Konvensyen PAN hari ini,tak semena mena nama PAS dipetik untuk menutup kebobrokan pengurusan parti anak didik dap itu. PAS diseluruh negara tetap meriah menerima keahlian baru, bak neon yang memicu pesona kelkatu. Semalam Dato Husein Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu menerima...

Sambutan Hebat Portal Jodoh, Projek Masjid Tanjung Putat Masih Berjalan

KUALA TERENGGANU – Inisiatif Kerajaan PAS Terengganu melalui Portal Jodoh Darul Iman mendapat sambutan luar biasa, dengan hampir empat kali ganda pendaftaran melebihi sasaran awal iaitu 500 peserta. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, YB Dato’ Haji Hanafiah Mat berkata, pelaksanaan Portal Jodoh Darul Iman berjalan dengan lancar dan menunjukkan sambutan positif masyarakat. Katanya, Inisiatif ini bukan...