Sembilan Negara sertai Candat Sotong di Terengganu sempena Sail Malaysia
MARANG – Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) berjaya menarik pelancong dari sembilan negara ke negeri tersebut melalui penganjuran Program Candat Sotong sempena Sail Malaysia: Passage to the East 2025 Yacht Rally yang berlangsung meriah, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, program berkenaan melibatkan penyertaan pelayar dari Amerika Syarikat, Kuwait, Thailand, Australia,...
SUK Terengganu rai Pegawai bersara dan bertukar
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri meraikan pegawai dan ketua jabatan yang telah bersara dan bertukar sepanjang tahun 2025 dalam suatu majlis penuh meriah, di sini hari ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Nara Setia berkata, majlis tersebut menandakan penghargaan kerajaan negeri terhadap mereka di atas sumbangan dan masa yang dihabiskan bersama dalam menempuh pelbagai cabaran sepanjang perkhidmatan. “Bagi pihak Kerajaan Negeri dan Perkhidmatan...
Penjawat awam perlu ada sikap ‘Sense Of Urgency’
KUALA TERENGGANU – Penjawat awam di negeri ini khususnya warga kerja Wisma Darul Iman perlu mempunyai sikap ‘sense of urgency’ atau sikap yang mempunyai tindakan segera bagi memastikan setiap perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar dan efektif. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nara Setia berkata, penjawat awam juga seharusnya berusaha untuk membuat pembaharuan agar sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan...
Papan Tanda Dibuat Memang Untuk Rakyat Bencikan ‘Homoseksual’
MARANG – Papan Tanda amaran berkaitan amalan homoseksual yang dipasang di beberapa lokasi strategik di negeri ini, sememangnya bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap perbuatan tersebut dalam kalangan masyarakat. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, paparan tersebut yang mengandungi ayat al-Quran yang menerangkan larangan Allah kepada manusia daripada menjadi golongan terbabit. “Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu...
Gen3 Terus Kukuh Sebagai Sayap Penting Muslimat
KUALA TERENGGANU – Pertemuan terakhir (Liqa’ Haraki) bagi sesi 2023 hingga 2025 menjadi bukti jelas kukuhnya peranan tiga entiti iaitu Ameerah, Briged dan Nusaibah (Gen3) sebagai sayap penting dalam memperkasakan gerak kerja Dewan Muslimat. Pengarah Ameerah negeri Terengganu, Asma Abdullah berkata, program yang menghimpunkan pimpinan Ameerah dari pelbagai peringkat dari lapan kawasan ini turut menjadi medan mengeratkan ukhuwah dan menyuntik...
Jangan Lari Dari Amanah Perjuangan
KUALA TERENGGANU – Para petugas parti (amilin) diingatkan agar terus istiqamah memikul amanah perjuangan yang diberikan parti tanpa rasa jemu atau ingin berundur. Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), YB Hajah Zuraida Md Noor, berkata setiap jawatan yang diberikan bukan sekadar tanggungjawab organisasi, tetapi merupakan amanah besar yang akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. Katanya, perjuangan dalam jemaah Islam...
Pemimpin Arab Tuntut Gencatan Senjata Di Gaza, Tolak Pemindahan Penduduk Palestin
Pemimpin Arab pada hari Sabtu menggesa agar peperangan di Gaza dihentikan serta-merta dan menyuarakan penolakan mereka terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin. Dalam kenyataan akhir Sidang Kemuncak Liga Arab ke-34, yang bermula di ibu kota Iraq, Baghdad pada awal hari itu, pemimpin 22 negara anggota blok itu menuntut “pemberhentian serta-merta perang di Gaza dan semua permusuhan yang memburukkan lagi penderitaan orang...
Terengganu sertai Misi Pasaran Global di Singapura
Oleh : Daing Siti Norbaity Abd Latif KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu terus memperkasa usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan Malaysia Fest Singapore 2025 yang akan berlangsung 31 Julai hingga 3 Ogos ini di Singapore Expo, Changi. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, festival empat hari bertemakan 'Explore the Unique Taste of...
Ahli Parlimen Temerloh dinobat Tokoh Pendidik Muslimah 2025
Oleh : ZINNIRAH MUKMINAH KOTA SARANG SEMUT, 18 MEI — Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd. Nor, dinobat sebagai Tokoh Pendidik Muslimah 2025 sempena Majlis Himpunan Pendidik dan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, berlangsung di sini, Jumaat baru-baru ini. Anugerah tersebut diberikan sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, khususnya dalam membimbing dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi,...
Hapus sekatan ekonomi Syria : Strategi Politik atau perangkap baharu AS?
KUALA TERENGGANU - Keputusan Amerika Syarikat untuk membatalkan sekatan ekonomi terhadap Syria selepas lebih tiga dekad menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju geopolitik baharu di Asia Barat, khususnya terhadap dunia Islam. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeru. Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, langkah yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika lawatan ke Arab Saudi itu,...