Bermasalah Sejak 2017, Restoran Taman Panorama Akan ‘Hidup’ Semula

KUALA TERENGGANU - Restoran di Taman Panorama yang bermasalah sejak 2017 akan dibangunkan semula dan beroperasi selewat-lewatnya tahun hadapan. Demikian penjelasan diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris kepada media dalam satu pertemuan yang diatur bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) semalam. "Sekarang ada satu pengusaha (syarikat) yang sanggup membaik pulih dan kontrak perjanjian dimeterai berpandukan jumlah kos...

Sultan Mizan rasmi buku ‘Permata Darul Iman’

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan pelancaran buku 'Permata Darul Iman' 100 Tahun Sekolah Menengah Agama Arab Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-63 baginda, hari ini. Berlangsung di sekolah berkenaan, keberangkatan tiba baginda diiringi Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan...

TIEP sedia sambut kejohanan sukan kuda bertaraf global

SETIU - Terengganu International Endurance Park (TIEP) yang berkeluasan 47 hektar merupakan mercu tanda kebanggaan rakyat negeri ini dalam sukan kuda lasak. Kini, TIEP lebih bersedia untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa serta menjadi tuan rumah kepada lebih banyak kejohanan sukan tersebut di peringkat global. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, TIEP telah berkembang menjadi sebuah pusat...

Dari Rumah Asnaf ke Sektor Minyak dan Gas

KUALA NERUS – Tatkala sebahagian anak muda masih tercari-cari arah hidup, seramai 47 anak asnaf berjaya menamatkan latihan teknikal dan industri dalam Program Oil and Gas Wakalah TVET (OGWTP) di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), sekali gus membuka jalan keluar dari belenggu kemiskinan menuju masa depan yang lebih terjamin. Program selama enam bulan itu bukan sahaja membekalkan mereka dengan kemahiran...

Pulangan Berganda: Anak Syarikat Untung, Rakyat Senang

Oleh: Daing Siti Norbaity Abd Latif MARANG – Pencapaian anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Terengganu kini berada di tahap terbaik sekali gus mampu memberi pulangan semula kepada rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jika dibandingkan lima tahun sebelum ini, prestasi anak syarikat negeri menunjukkan peningkatan ketara termasuk TDM Berhad yang sangat  aktif membantu rakyat melalui program...

Belia Terengganu Diseru Kuasai IR 4.0, AI dan Data Raya

KUALA TERENGGANU - Belia Terengganu tidak boleh terus berada di zon selesa sebagai pengguna teknologi semata-mata, sebaliknya perlu tampil sebagai pencipta perubahan dalam era Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) Yang Dipertua Dewan Belia Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli menyeru agar generasi muda menguasai teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik dan data raya sebagai alat mencorak masa depan negara. "Dengan semangat generasi hebat, kita...

Insiden Serangan Siber ke atas Sistem DBKL: PAS Wilayah Persekutuan Desak Siasatan Menyeluruh dan Penambahbaikan Keselamatan Siber

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Wilayah Persekutuan memandang serius laporan mengenai serangan siber terhadap sistem Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di mana penggodam didakwa menuntut wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta) . Insiden ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi warga kota, tetapi juga mencerminkan kelemahan dalam sistem keselamatan siber agensi kerajaan tempatan. Kegagalan sistem pengecaman muka di...

EPIC Marine jalin kepakaran teroka peluang sektor minyak

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat EPIC Berhad, Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPIC Marine atau EPMS) menjalinkan kerjasama strategik bersama SINOPEC Heavy Lifting and Transportation Co., Ltd. (SINOPEC SLT) dan syarikat pelaburan Yayasan Sabah Group (YSG), Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) untuk meneroka serta mengambil bahagian dalam peluang-peluang sektor minyak dan gas huluan serta hiliran di Malaysia. Melalui satu kenyataan dikeluarkan...

RM2 Juta bantu anak asnaf Terengganu ceburi industri minyak dan gas

KUALA NERUS – Sebanyak RM2 juta dana zakat wakalah dimanfaatkan bagi membiayai latihan teknikal dan penempatan industri selama enam bulan kepada 47 anak asnaf Terengganu, sekali gus membuka peluang kerjaya dalam sektor minyak dan gas. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, program Oil and Gas Wakalah Technical and Vocational Education Training...

Jemaah haji perlu bawa ubat secukupnya ke Tanah Suci

KUALA TERENGGANU - Jemaah haji dinasihatkan untuk membawa ubat penyakit kronik dalam jumlah mencukupi bagi keseluruhan tempoh berada di Tanah Suci kerana bekalan ubat tidak akan disambung di Mekah kecuali dalam keadaan sangat terdesak. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Amalan dan Perkembangan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Mohd Syafiq Yusof, ramai jemaah masih kurang faham mengenai polisi ubat kronik semasa...