SPM bukan pengakhiran, tapi permulaan perjuangan ilmu
KUALA TERENGGANU – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah pengakhiran, sebaliknya merupakan permulaan kepada perjuangan yang lebih besar dalam dunia ilmu dan kehidupan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelajar perlu sentiasa memperbaharui niat dalam menuntut ilmu dan menjadikan usaha mereka sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. “Ilmu bukan semata-mata untuk mencari...
Daya Saing Usahawan Terengganu perlu dilebarkan ke peringkat antarabangsa
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan usahawan-usahawan anak tempatan yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato' Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri sentiasa memberi galakan dan peluang kepada pengusaha perniagaan di Terengganu untuk terus mengorak langkah dalam industri masing-masing. Katanya, beliau telah melihat pelbagai jenis produk yang dihasilkan...
Anak jati Terengganu buka kafeteria di Mekah
KUALA TERENGGANU – Berpandangan jauh dengan visi positif, Shukuriah Abd Ghafar mengambil langkah berani apabila membuka sebuah kafeteria di kota suci Mekah yang menawarkan pelbagai hidangan citarasa Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan. Anak jati Terengganu yang merupakan Pengarah Urusan syarikat Adeq Sue Resources Sdn Bhd itu berkata, keputusan itu dibuat setelah perniagaan di Terengganu stabil dengan operasi kilang di...
LAMANITA Marang cipta peluang baharu wanita dalam bidang pertanian
Oleh : Daing Siti Norbaity Abd Latif MARANG – Program LAMANITA peringkat daerah Marang membuka lembaran baharu dalam keusahawanan wanita apabila ibu tunggal dan suri rumah di daerah ini mula diterapkan dengan kemahiran pertanian secara praktikal di halaman rumah sendiri. Pengerusi KHAIRUNNISA’ Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman berkata, LAMANITA yang membawa maksud ‘Laman Wanita’, memberi fokus kepada...
Dulu Pendebat Bahasa Arab terbaik dunia, kini raih Pelajar Terbaik STAM Terengganu
KUALA TERENGGANU - Dua tahun lalu, seorang Pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk pernah meraih gelaran pendebat bahasa Arab terbaik dunia di Qatar, sekali lagi mencipta kejayaan apabila muncul pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Terengganu. Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan telah diumumkan sebagai salah seorang calon yang berjaya meraih Mumtaz Sofi (cemerlang...
Sultan Mizan Titah jenama semula Tabung Khairat Zainal Abidin
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan agar Tabung Khairat Zainal Abidin dijenamakan semula sebagai langkah memperkukuh sumber kewangan institusi pendidikan Islam di bawah naungan baginda. "Beta akan memberikan perhatian khusus agar kemudahan infrastruktur asas dan teknologi terkini di madrasah ini sesuai dengan legasi keprihatinan Sultan Zainal Abidin ke-3 kepada ilmu dan pendidikan. "Beta ingin mencadangkan agar khairat...
Pemuda PAS Wangsa Maju Bentuk EXCO Mantap Hadapi PRU16
WANGSA MAJU | 24 Mei 2025 — Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju (DPPWM) mengorak langkah awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan membentuk barisan EXCO baharu yang mantap, berstrategi dan bersedia menggalas amanah perjuangan. Menurut Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Beyhaqi bin Ramli, barisan EXCO ini dibentuk bukan sekadar untuk mengisi kerusi, tetapi untuk memperkemaskan gerak kerja...
Guru PASTI dan SRITI diraikan sempena Hari Guru
Oleh : FARIDAH KAMARUDDIN KUANTAN, 22 Mei 2025 – Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Kuantan telah mengadakan program ziarah mesra ke 19 buah premis PASTI dan SRITI sekitar Parlimen Kuantan sempena Hari Guru, di sini baru-baru ini. Ketua rombongan, ADN Tanjung Lumpur YB Dato' Rosli Abdul Jabar berkata, program tersebut bukan sekadar simbolik sempena sambutan Hari Guru, malahan ia...
Bantuan Khas YPU beri semangat kepada Pengusaha Bujuk Corner
MARANG - Zulkifli Ibrahim ataupun lebih dikenali sebagai Pak Zul salah seorang usahawan makanan di Terengganu melahirkan rasa teruja apabila terpilih menerima bantuan peralatan ‘Chiller’ daripada Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Ariffin Deraman. Pak Zul yang menjadi perantau hampir 50 tahun telah memulakan perniagaannya, Bujuk Corner bermula 2021 membawa rasa masakan Johor di kampung...
Terengganu, CelcomDigi Jalin Kerjasama Perkasa Sukan Kuda Lasak
SETIU – Kerajaan negeri Terengganu dan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menjalin kerjasama strategik bagi memperkasa sukan kuda lasak dan ekuestrian melalui platform Arena CelcomDigi serta memacu usaha pendigitalan negeri. Kerjasama tersebut diumumkan sempena Majlis Perasmian Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) dan Clubhouse yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan...