RM900,000 Naik Taraf Kemudahan Pelancongan di Hulu Besut

KUALA TERENGGANU — Kerajaan PAS Terengganu memperuntukkan lebih RM900,000 bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah dan La Hot Spring, Hulu Besut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, YB Datuk Razali bin Idris, berita tindakan tindakan diambil susulan aduan pelancong dan masyarakat tempatan berhubung keadaan infrastruktur yang semakin...

Pelaburan Baharu Jana 2,256 Peluang Pekerjaan

KUALA TERENGGANU – Terengganu terus mencatat perkembangan positif dalam sektor ekonomi apabila berjaya mewujudkan sebanyak 2,256 peluang pekerjaan baharu hasil daripada pelaksanaan pelaburan baharu dalam tempoh antara tahun 2024 hingga pertengahan 2025. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman, berkata, jumlah tersebut melibatkan dua sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan, dengan...

Halangan Israel Terus Menyekat Akses Bantuan Gaza

PBB berkata pada hari Isnin bahawa sekatan Israel terus menyekat aliran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, sebulan selepas gencatan senjata berkuat kuasa. Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap PBB, Farhan Haq, berkata pada sidang akhbar bahawa “sebulan gencatan senjata, usaha untuk meningkatkan bantuan masih tertangguh akibat kerenah birokrasi, larangan berterusan ke atas rakan kongsi kemanusiaan utama, terlalu sedikit...

Loji Rawatan Air Marang Bernilai RM500 Juta Dijangka Siap 2029

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) dan Sistem Agihan Daerah Marang (Fasa 1) bernilai RM500 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bagi meningkatkan keupayaan bekalan air bersih kepada penduduk daerah itu. Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Dato’ Haji Hanafiah Mat, berkata kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan melantik Jabatan Kerja Raya (JKR)...

Kepimpinan Baharu PAS Wilayah Persekutuan Terima Watikah Pelantikan,Isyarat Gerak Kerja Lebih Tersusun Menjelang PRU16

Oleh : Muhammad Abdul Fateh KUALA LUMPUR, 11 Nov — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Haji Azhar Yahya, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi kepimpinan baharu, dalam satu majlis penuh semangat perjuangan dan ukhuwah Islamiah. Majlis bersejarah itu diadakan sejurus selepas Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Pejabat Badan...

Pemuda PAS Wangsa Maju Mantapkan Gerak PRU16 Melalui Permukiman Strategik

Oleh : Muhammad Abdul Fateh Foto : Hatta Izamuddin WANGSA MAJU, 11 Nov — Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju (DPPWM) telah menganjurkan Permukiman Ahli Jawatankuasa selama dua hari satu malam sebagai langkah memperkasakan gerak kerja serta kesiapsiagaan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Program berbentuk retreat ini bertujuan memperkukuh hala tuju organisasi, merangka strategi baharu dan mempertingkat keupayaan jentera dalam...

Pertahan REE Daripada Disalahguna Tindas Rakyat Palestin

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) negara digunakan dalam industri senjata yang menindas rakyat Palestin. Beliau berkata, Malaysia kini berisiko menjadi pembekal tidak langsung kepada industri pertahanan dan aeroangkasa Amerika Syarikat susulan sekatan eksport yang longgar, termasuk dalam pembuatan sistem radar, peluru berpandu,...

Kerajaan Negeri, FELCRA Wujud Jawatankuasa Khas Pantau Pematuhan Perjanjian Program JV

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersama FELCRA telah mencapai persetujuan untuk membentuk satu jawatankuasa khas bagi pemantauan pematuhan Perjanjian Perkongsian Keuntungan bagi Program Usaha Sama (JV) antara kerajaan negeri dan FELCRA Berhad. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim berkata, jawatankuasa ini terdiri dari lima ahli iaitu tiga wakil atau nomini dari kerajaan negeri dan...

ADUN Sura Gesa Kerajaan Negeri Utamakan Pembinaan Pasar Baharu Dungun

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu digesa supaya mengutamakan pembinaan Pasar Baharu Dungun dalam rancangan pembangunan negeri sebagai langkah memperkukuh ekonomi rakyat setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi  berkata Pasar Dungun yang ada sekarang sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa, sistem saliran bermasalah, tidak selesa dan tidak selamat. "Saya mohon agar projek...

851 PPS Sedia Tampung Lebih 215,000 Mangsa Banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 851 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu disediakan bagi menampung kira-kira 215,392 mangsa banjir menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan bulan ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Dato' Hanafiah Mat, berkata daripada jumlah itu, 23 PPS dikategorikan sebagai A (berkapasiti besar), 104 kategori B (sederhana) dan 724 kategori C (kecil). “Secara keseluruhan, 247 bangunan sekolah...