Penganjur Jom Heboh setuju ikut garis panduan kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU - Penganjur Program Jom Heboh Terengganu 2024 telah bersetuju untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata penganjur berikrar untuk patuh dengan semua tatacara penganjuran hiburan di Terengganu termasuk mengenai pengasingan kawasan lelaki dan perempuan serta keluarga semasa acara pentas. Katanya, pengasingan itu bertujuan...

Insentif SUKMA seiring prestasi atlet di Sarawak

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mengumumkan insentif kejayaan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diberikan kepada kontinjen Terengganu adalah berdasarkan prestasi atlet-atlet ketika bertanding. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri memaklumkan, insentif tersebut disediakan namun beliau memilih untuk tidak mengumumkan jumlahnya terlebih dahulu. "Hari ini saya mahu buat berbeza sedikit. Berbeza itu kerana saya tidak sebutkan jumlahnya, tetapi ia ada. "Saya akan...

76 Emas Sasaran bawa pulang kejuaraan SUKMA

KUALA TERENGGANU - Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu meletakkan sasaran mengutip 76 pingat Emas, 36 Perak dan 106 Gangsa pada SUKMA XXI (ke-21) di Sarawak bagi merampas kembali kejuaraan pada temasya yang akan bermula kurang 20 hari lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bagi mencapai hasrat tersebut bakal direalisasikan 568...

Dua Acara Baharu dipertandingkan Rebut Piala YDSM 2024

KUALA TERENGGANU - Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) memperkenalkan dua acara baharu dalam pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris bagi merebut Piala YDSM 2024 iaitu Public Talk: Back To The Future dan My Terengganu Proposal  Quest. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Azri Sani Dato’ Mazlan berkata, Program Pengukuhan Bahasa Inggeris yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya itu telah mencapai hasil yang...

‘Usikan’ Motosikal Klasik dan Retro kini di Muzium Negeri

KUALA  TERENGGANU - Lebih 40 buah motosikal klasik dan retro menjadi perhatian orang ramai serta pengunjung pada Pameran Muto dan Kenangan 2024 yang berlangsung di Dewan Mandalika dan Ruang Foyer, Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 1 Julai sehingga 31 September ini. Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah berkata, antara yang mendapat perhatian pengunjung, sebuah motosikal klasik paling lama dan bernilai...

PAS kecam pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran

KUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan terbaru oleh Israel yang mengakibatkan kematian Ketua Politik Pasukan Pejuang Palestin, Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran. Dalam satu kenyataan media, Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyifatkan tindakan Israel sebagai jenayah perang dan kejam. Menurutnya, serangan tersebut berlaku di ibu kota Iran, Tehran, dan turut mengorbankan seorang pengawal...

PAS mengutuk Israel atas pembunuhan Ismail Haniyeh

Kenyataan Media Presiden PAS Firman Allah: ﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣﴾ “Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada...

Pemimpin Politik Hamas Ismail Haniyeh dibunuh di Tehran

Pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh dilaporkan telah dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, kata kumpulan Palestin dalam satu kenyataan. Hamas telah berkata bahawa Haniyeh terbunuh dalam “serangan Zionis yang khianat ke atas kediamannya di Tehran”. Pengawal Revolusi Iran telah mengesahkan bahawa Haniyeh terbunuh bersama salah seorang pengawal peribadinya, lapor media negara Iran. Siapa Ismail Haniyeh? Pada 6 Mei 2017, Hamas, pergerakan politik Palestin...

Hamas calls for declaring Aug. 3 as world Gaza support day

Ismail Haniyeh in a statement called for active and widespread participation of people in defense of the prisoners and people of the Gaza Strip, and to disgrace the barbaric crimes of the occupiers against them and to defend their rights and issues. Haniyeh explained that the designation of August 3 as a day of solidarity with Gaza and the prisoners...

Perang Gaza: Turkiye mungkin memasuki Israel untuk membantu rakyat Palestin, kata Erdogan

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata pada Ahad (28 Jul) bahawa negaranya mungkin memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh, walaupun dia tidak menyatakan jenis campur tangan yang dia cadangkan. Presiden Erdogan telah menjadi pengkritik keras terhadap serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza. Dia menggelar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai “tukang daging Gaza” dan...