Pembunuhan Haniyeh ‘Sekat’ pendamaian, gencatan senjata
KUALA LUMPUR – Pembunuhan Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas, telah memberi kesan besar terhadap usaha pendamaian dan gencatan senjata. Ahli Dewan Negara, Datuk Razali Idris mengecam keras pembunuhan pemimpin Hamas tersebut yang berlaku semasa majlis angkat sumpah presiden Iran, Masoud Pezesfikian, di ibu kota Tehran. Razali menyatakan bahawa serangan udara yang mengorbankan Haniyeh bersama seorang pengawal peribadi adalah tindakan yang amat memalukan dan kejam,...
‘Lapor polis jika berlaku aktiviti karan ikan’
MARANG - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menggesa orang ramai membuat laporan kepada pihak polis atau pejabat perikanan berhampiran jika terdapat aktiviti kaedah penangkapan ikan terlarang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti menggunakan racun, bom ikan atau menangkap ikan menggunakan arus elektrik. Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, kaedah tersebut akan mengakibatkan kepupusan spesies ikan dan hidupan lain sekali gus akan mengganu ekosistem sungai...
Pasar Payang 1 dibuka, pengunjung boleh membeli
KUALA TERENGGANU – Pasar Kedai Payang 1 secara rasmi dibuka hari ini, membolehkan pengunjung mula membeli pelbagai barangan serta perkhidmatan yang disediakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dalam lawatan tidak rasmi pasar kedai payang hari ini menunjukkan bahawa kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 110 peniaga telah memulakan operasi mereka. “Hari ini menyaksikan dua...
Qunut ‘Nazilah’ pada rakaat akhir solat fardu
KUALA NERUS – Umat Islam disaran membaca qunut ‘nazilah’ selepas rukuk pada rakaat akhir, setiap waktu solat fardu, bagi memohon pertolongan Allah, menjayakan perjuangan yang sedang ditempuhI penduduk Palestin khususnya di Gaza, sekarang. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal berkata, solat jenazah ghaib akan turut diadakan keatas almarhum assyahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh oleh...
PRK DUN Nenggiri; Sokongan terhadap calon Perikatan Nasional
PAS menzahirkan keyakinan dan sokongan penuh terhadap pencalonan Saudara Mohd Rizwadi Ismail, calon terbaik yang dipilih bagi mewakili Perikatan Nasional dalam pilihan raya kecil (PRK) N.43 DUN Nenggiri. 2. Pemilihan calon yang bersesuaian dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam aspek pemilihan calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran. 3. Berbekalkan...
BulGem jenama usrah muslimat muda
Oleh : Fatimah Din Gambar : Wan Noor Afifah Wan Nelang MARANG – Bulatan Gembira (BulGem) adalah perkataan yang dijenamakan semula daripada perkataan usrah Muslimat Muda (AMEERAH) yang dibuat secara bulatan. Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Norzila Mohamad berkata gambaran ahli dalam BulGem masing-masing gembira dalam bulatan. ” Dengan perkongsian santai dan kreatif tentang Islam yang meliputi Al-Quran, hadis, akhlak, ibadah dan...
TASTI akan beroperasi di setiap daerah di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) yang merupakan inisiatif pendidikan sebelum Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan beroperasi di setiap daerah di Terengganu Untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan, guru dan pengasuh tentang organisasi dan pengurusan, kurikulum, hal ehwal kanak-kanak dan aktiviti-aktiviti TASTI, Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga (LPIKK),telah mengadakan kunjungan ke TASTI As Solihin. Pengerusinya, Norhayati Mohd berkata...
Bakat sukan semakin berkembang
Oleh : Syahida Mohd KUALA NERUS – Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring (BSBJ) PASTI Kawasan Kuala Nerus 2024 melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang, menonjolkan bakat sukan yang semakin berkembang dalam kalangan pelajar PASTI. Katanya, program tahunan ini menjadi platform penting untuk mengasah kemahiran sukan dan memupuk semangat kesukanan. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias bin Razak berkata, penganjuran program...
Jelajah TEROKA melebarkan sayap dan memperkukuhkan TASTI
Oleh : HABSAH ALI TEMERLOH, 3 Ogos - Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) melebarkan sayapnya dengan mengadakan Program Teroka Kawasan (TEROKA) di seluruh negara. Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor semasa merasmikan program tersebut berkata, bagi memperkasa dan memperkukuhkan TASTI, keyakinan daripada ibu bapa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik amat diperlukan. Ibu bapa adalah sebagai media sosial yang boleh membantu mempromosikan sesebuah...
PAS Perak meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS
PAS Perak meneroka lembaran baru dalam memasyarakatkan PAS. Program Hari Keluarga PAS Pusat yang di adakan di dua Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Kangsar sangat memberi makna dan meninggalkan kesan besar kepada masyarakat. Signifikan pemilihan dua Parlimen itu kerana kedua duanya mempunyai nilai tersendiri dalam perjuangan dan sejarah PAS. Ia sangat dekat dengan perjuangan PAS dan kedua duanya adalah kawasan...