12 Peratus Belia Terengganu tidak sedar hidap darah tinggi
KUALA NERUS – Sebanyak 12 peratus daripada 32,000 belia yang disaring menerusi Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) pada tahun lepas di Terengganu didapati menghidap penyakit darah tinggi, namun malangnya ramai daripada mereka tidak menyedari keadaan tersebut. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong, berkata pihaknya telah menjalankan saringan terhadap 32,000 rakyat Terengganu pada tahun 2023 dan mendapati...
Perkhidmatan Awam perlu bersedia dengan pembaharuan
KUALA TERENGGANU – Sektor perkhidmatan awam di Terengganu perlu bersedia membuat pembaharuan yang berterusan supaya sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan serta harapan rakyat. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cabaran terbesar dalam perkhidmatan awam sama ada di peringkat negeri atau persekutuan adalah berdepan dengan satu zaman baharu iaitu ekspektasi pelanggan atau rakyat. “Kalau dahulu cara...
Peniaga Pasar Payang 1 puas hati, bersyukur
KUALA TERENGGANU – Para peniaga yang memulakan perniagaan di Payang 1 pada Khamis, rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira atas peluang yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) untuk berniaga. Para peniaga yang ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) turut menyatakan kepuasan hati mereka dengan fasiliti disediakan MBKT seperti tapak berbumbung, kawasan luas dan beberapa kemudahan lain. Peniaga barangan kraftangan,...
Fokus pada kebajikan merentas sempadan dan pemberdayaan OKU
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mempergiatkan usaha kebajikan yang merentasi sempadan bangsa, agama, dan politik, dengan memberi fokus khusus kepada pemberdayaan golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini. Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Maliaman Kassim, menegaskan bahawa parti itu komited dalam menyantuni semua golongan masyarakat tanpa diskriminasi. “Alhamdulillah, di pihak Lajnah...
Have PAS and Gerakan made up? Hamzah shares cozy-looking pic of PN meetup
Datuk Seri Hamzah Zainudin shared a picture on Facebook of what looked like a casual meetup between Perikatan Nasional leaders, including representatives from PAS and Gerakan. Captioned: “Kocakan air dalam cawan itu biasa dalam hal ehwal keluarga.Semuanya telah selesai menerusi musyawarah adik-beradik (Disagreements are routine in family affairs. Everything was sorted through a meeting of brothers)”, it hinted that all...
Pengunjung luar puji Jom Heboh Terengganu berbeza
KUALA NERUS – Program Jom Heboh 2024 di Terengganu yang diadakan bermula 1 hingga 3 Ogos 2024 itu menerima pujian daripada orang ramai termasuk pengunjung luar atas kejayaannya dalam mematuhi aspek syariah dan berbeza dengan negeri lain. Rata-rata pengunjung luar yang ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman teruja dengan penganjuran Jom Heboh 2024 yang teratur dan perhatian terhadap setiap aspek,...
Terengganu tunggu Persekutuan lulus peruntukan laluan berkembar
KUALA TERENGGANU - Terengganu masih menunggu Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi menyiapkan projek laluan berkembar jalan pantai Terengganu dari Kemaman ke Besut. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu penting bagi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan segera. "Kita telah mohon peruntukan dengan Kerajaan Persekutuan selaku pihak yang bertanggungjawab, (dan) tunggu kelulusan daripada mereka untuk...
Jelajah Beautiful Terengganu jadi platform promosi pelancongan
JOHOR BAHRU - Program Jelajah Beautifiul Terengganu 2024 "Pakat Maghi Teganu" antara negeri terus diperkukuhkan bagi pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Sulaiman Sulong berkata program tersebut itu juga mengeratkan lagi hubungan antara pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi dengan rakan industri yang berperanan besar...
Kerajaan Terengganu peruntuk RM100,000 kerja pembersihan Pulau Redang
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan kolam semula jadi di Pasir Panjang, Pulau Redang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata peruntukan tersebut merupakan langkah proaktif dalam menangani isu kebersihan yang telah lama dihadapi di kawasan pelancongan utama tersebut. Menurutnya, pihaknya mengesahkan bahawa tindakan segera...
Satu rumah satu Jalur Gemilang
KUALA TERENGGANU – Semua agensi kerajaan, sektor swasta, dan rakyat di Terengganu diseru mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan serta kediaman masing-masing sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme melalui konsep "Satu Rumah Satu Jalur Gemilang". Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat berkata, langkah itu sebagai simbolik kepada rasa cinta, penghargaan terhadap tanah air dan tanda perpaduan serta kesatuan...