Tahniah atas pelantikan Yahya Sinwar

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah atas pelantikan Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik Hamas yang baharu bagi menggantikan sang mujahid yang dikasihi, Almarhum Syeikh Ismail Haniyeh yang telah beroleh syahid. Mudah-mudahan, Allah merahmatinya dan mengangkat darjatnya ke darjat yang tertinggi bersama para syuhada’ yang hidup di sisi Tuhannya yang mendapat rezeki. Pelantikan Yahya Sinwar sebagai pemimpin utama pergerakan Hamas...

Terengganu beralih kepada sumber boleh diperbaharui

KUALA TERENGGANU - Terengganu telah mengorak langkah untuk meneroka pendapatan baharu negeri dengan memberi tumpuan kepada industri tenaga boleh baharu berbanding sektor minyak dan gas pada tahun terdahulu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu telah mencapai beberapa kemajuan yang ketara dalam mempelbagaikan ekonomi negeri iaitu meningkatkan daya tahan. “Dari segi sejarah, kita begitu bergantung kepada industri minyak...

Surau Pantai Batu Buruk berwajah baru

KUALA TERENGGANU - Surau di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk yang telah siap diperbaiki, diserahkan oleh EPIC Berhad dan Konsortium Pelabuhan Kemaman yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhtar Suhaili kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, hari ini. Surau tersebut diperbaiki pada Jun lalu melibatkan kos keseluruhan bernilai RM120,000 yang ditanggung sepenuhnya oleh EPIC Berhad dan Konsortium Pelabuhan Kemaman dan...

UMT lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang

KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan program semarak kibar jalur gemilang di kampus universiti itu bersempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke-69. Acara tahunan sejak lebih sedekad itu merupakan manifestasi warga kampus dalam menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan serta sambutan Hari Malaysia. Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program sebagai pengisian menyambut bulan...

Terengganu Inc, Shizen International kerjasama bangunkan projek solar

KUALA TERENGGANU – Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Shizen International Inc (Shizen International) untuk meneroka penjanaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) melalui projek loji janakuasa tenaga solar di negeri Terengganu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata kerjasama tersebut dijangka membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mengukuhkan profil...

Gaji Penjawat Awam : Terengganu tunggu pengumuman PM 16 Ogos

KUALA TERENGGANU  – Kerajaan Negeri mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung semakan kenaikan kadar gaji penjawat awam di Terengganu yang akan diumumkan kerajaan Persekutuan pada 16 Ogos ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata setakat ini, tiada lagi perbincangan mengenai perkara tersebut (kenaikan gaji) bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. “Kita akan lihat pengumuman pada 16...

PAS, Parti berkebajikan pilihan rakyat

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se Malaysia(PAS) adalah sebuah parti yang bertunjangkan siasah, dakwah dan tarbiyah menerusi kerja-kerja kebajikannya sehingga menjadikannya pilihan rakyat tanpa mengira agama. Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr. Rosni Adam menjelaskan PAS adalah parti yang mesra rakyat dengan kerja-kerja kebajikan. “Bagaimana kita nak usahakan agar Muslimat PAS boleh menjadi agen dakwah menerusi kerja-kerja kebajikan,...

PAS Terengganu yakin menang Nenggiri

Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – Dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, PAS dan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya di Nenggiri pada 17 Ogos nanti. Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman berkata, Ini merupakan kali pertama parti tersebut berjaya menawan kawasan ini setelah menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya terakhir. “Kita dah...

Tentera Israel gunakan gergasi teknologi untuk menyimpan data bagi peperangannya ke atas Gaza

Tentera Israel telah menggunakan perkhidmatan awan Amazon dan alat kecerdasan buatan (AI) daripada Microsoft dan Google untuk tujuan ketenteraan di tengah-tengah peningkatan jumlah data mengenai Palestin dan Gaza, menurut laporan oleh Majalah +972 dan laman berita berbahasa Ibrani Local Call . Rakaman audio yang mereka perolehi mendedahkan bahawa Kol. Racheli Dembinsky, komander Unit Pusat Pengkomputeran dan Sistem Maklumat tentera Israel,...

Muslimat desak Persekutuan tunai tanggungjawab bayar royalti

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mendesak Kerajaan Pusat menghentikan sekatan dan menunaikan tanggungjawab membayar royalti secara tunai kepada Kerajaan Negeri. Ketuanya,To Puan Hajah Zarani Othman berkata, gesaan itu mencerinkan kekecewaaan rakyat kepada Persekutuan untuk tindakan segera diambil,, dengan harapan mendapat perhatian dan penyelesaian yang adil. “Kerajaan Madani yang ada sekarang dilihat mengambil langkah-langkah menyusahkan rakyat Terengganu dengan menyekat...