‘Insya-Allah masalah sampah tidak berulang waktu perayaan’
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri kini bersiap bersedia menguruskan penambahan sampah sarap sempena sambutan Hari Raya Aidifitri tidak lama lagi dan memberi jaminan masalah longgokan sampah tidak berlaku. Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya menjangkakan jumlah janaan sampah menjelang perayaan Aidilfitri tahun ini meningkat sehingga tiga kali ganda daripada hari biasa susulan kepulangan perantau ke kampung...
Paduka Anakanda Sultan Terengganu bertemu rakyat di bazar ramadan
KUALA TERENGGANU - Para pengunjung serta peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, begitu teruja apabila Anakanda-anakanda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli lokasi tumpuan itu, petang semalam. Pengusaha makanan Putu Bambu, Muhamad Hafizul Hakim Mohd Afzal,28, bersama rakan-rakannya, Muhammad Nur Irsyad Mohd Amran,18 dan Abdul Azim Wais Zamri,18 amat berterima kasih atas kunjungan baginda itu. "Kami rasa bangga dengan...
Disiplin tinggi kunci kejayaan atlet Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 April – Disiplin diri dan sifat sabar yang tinggi dalam diri setiap atlet Terengganu sama ada di dalam atau di luar gelanggang menjadi kunci kejayaan dalam setiap kejohanan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, disiplin itu boleh dilihat dalam bulan Ramadan kerana ia sangat mencabar bagi setiap atlet...
Barat dan PBB lebih bersimpati kepada Zionis
Banyak kenyataan terbuka negara Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih berpihak kepada negara haram Zionis Israel, walaupun Zionis melakukan keganasan secara terbuka terhadap rakyat Palestin dan menceroboh Masjid al-Aqsa tempat suci umat Islam. Kenyataan bersifat kecaman mereka terhadap kelakuan negara haram itu lebih bersifat mujamalah yang berpura-pura semata-mata. Hal ini demikian kerana, sejarah PBB sendiri adalah terlibat dalam menubuhkan...
Iftar jamaie PASTI Kinabatangan dapat sambutan
Oleh: Nurfatiha Mohamad 12 April 2023 Kinabatangan: Seramai 70 orang lebih murid dan jemaah ibu bapa dan guru PASTI Kinabatangan hadir dalam Majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Legacy Kg Warisan. Majlis yang diadakan buat julung-julung kalinya telah dianjurkan oleh PASTI Darul Ulum dengan kerjasama PASTI Darul Barokah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Mudir-mudir PASTI seterusnya taklimat mengenai PASTI yang...
Tiada makanan untuk berbuka dan bersahur; PAS Kawasan Langkawi tampil membantu
Oleh: NOR FATIN ALOR SETAR, 12 APRIL - Kisah sedih perkongsian Norshada tentang kawan anaknya yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka dan bersahur telah mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Langkawi. Melalui perkongsian Norshada di facebooknya yang bernama Norshahada Shada, anaknya Iskandar menghulurkannya sekeping kertas yang tersenarai 7 barangan dapur di dalamnya. Iskandar memberitahu bahawa kertas tersebut adalah daripada kawannya. Iskandar memberitahu bahawa kawannya...
Projek Muara KTCC bakal dibangunkan dengan lebih teratur
KUALA TERENGGANU - Sebarang projek Muara Kuala Terengganu City Centre (KTCC) bakal dibangunkan mengikut Pelan Tindakan Khas supaya lebih teratur bagi memastikan pembangunan yang seimbang dan moden. Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya komited dalam meningkatkan potensi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi khususnya bagi menjadikan muara KTCC sebagai sebuah zon khas ekonomi, kawasan pembangunan pelaburan berimpak tinggi di...
KDN rampas 4,320 naskah Al-Quran
KUALA TERENGGANU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 4,320 naskah al-Quran tanpa kelulusan dalam Op Mulia yang diadakan bermula awal Ramadan sehingga semalam. Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata nilai rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM250,000 di seluruh negara. Menurutnya, naskhah dan bahan al-Quran itu dipercayai dicetak serta dibawa masuk dari negara jiran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan...
‘Fun Ride Sahur’ bantu golongan asnaf
MARANG - Seramai hampir 100 orang asnaf mendapat manfaat melalui program 'Fun Ride Sahur’ peringkat Daerah Marang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, sebanyak tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dalam program itu. Katanya, DUN Bukit Payong selaku tuan rumah di samping turut melibatkan DUN Alur Limbat dan DUN Pengkalan Berangan. "Program yang bermula pada...
PeliTer 2023 : Sasar 20,000 pengunjung
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pelancongan Terengganu meletakkan sasaran seramai 20,000 orang pengunjung sepanjang program Pelita Raya Terengganu (PeliTer) 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Muzium Negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata sasaran tersebut adalah melebihi angka pengunjung pada tahun lepas. “Program ini diadakan selama lima hari bermula 14 April hingga 18 April dengan tema Comeynya PeliTer itu...