MP Besut suarakan kebimbangan cadangan luaskan PKW kepada pesalah jenayah berat

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan kerajaan bagi meluaskan pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) sehingga melibatkan pesalah jenayah berat menerusi pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2025 yang dibahaskan di Dewan Rakyat, semalam. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan Seksyen 5(1) RUU itu kerana memperuntukkan kelayakan PKW kepada pesalah yang berdepan hukuman penjara...

Terengganu fokus perkasa usahawan tempatan lonjak produk tradisional ke pasaran lebih luas

PATTANI – Kejayaan perniagaan ayam tempayan di Pattani membuktikan bahawa makanan tradisional mampu dikomersialkan sebagai jenama serantau menerusi penjenamaan konsisten dan pemasaran digital berkesan. Hidangan ayam panggang berempah itu bukan sahaja menjadi tarikan pelancong, malah tular di media sosial, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada usahawan tempatan di selatan Thailand. Melihat potensi besar tersebut, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu kini giat...

110 Ahli MPBN bersidang bincang hala tuju belia negara

KUALA TERENGGANU – Seramai 110 Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Terengganu memulakan persidangan mereka di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu hari ini, bagi membincangkan hala tuju pembangunan belia di negeri dan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, berkata MPBN yang ditubuhkan sejak 1971 oleh Kementerian...

Tour Gateh D’ Tranung 2025 kembali jelajah seluruh Terengganu

KUALA TERENGGANU - Tour Gateh D' Tranung (TGDT) 2025 akan kembali menampilkan perlumbaan di kesemua lapan daerah di seluruh negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, berbanding lima daerah pada tahun lalu, penganjuran kali ini melibatkan lapan daerah membabitkan jarak keseluruhan sepanjang  910.5 kilometer. "Kejohanan kita akan bermula pada 26 Oktober sehingga...

Aspirasi Bandar Pintar diperkukuh melalui pembangunan Intelligent Pole

KUALA TERENGGANU - Usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pintar kini memasuki fasa baharu apabila pembinaan replika 'Intelligent Pole' berada di peringkat akhir, sebagai persediaan untuk pelaksanaan projek perintis dalam masa terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, struktur itu dibangunkan oleh Colla Connecting Edge bersama vendornya sebagai rujukan...

ULAMA’ PEWARIS PUSAKA PARA ANBIYA’

Minda Presiden PAS ULAMA’ PEWARIS PUSAKA PARA ANBIYA’ Firman Allah SWT: …يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ … ١١ “...Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan kamu beberapa darjat...” Sabda Rasulullah SAW: وَفَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ، ‌كَفَضْلِ ‌القَمَرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ. “Kelebihan seseorang yang berilmu agama mengatasi seseorang ahli ibadat, laksana...

Graduan INSTEP mahu bantu keluarga

KUALA NERUS – Rata-rata graduan program Technical Energy Enrichment Programme (TEP) Plus- Upstream ambilan Januari 2024 berharap akan memperoleh pekerjaan yang bersesuaian setelah berjaya menamatkan pengajian di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP). Bagi Muhammad Iman Zulhaqim Mohd Sukizam, 24, dari Paka, Dungun berkata, dia mula mengenali tentang program TEP Plus melalui rakan dan kenalan yang sering bermain sukan bersama, selain...

Selangor kekal Ratu National 7s 2025

KUALA NERUS - Selangor mempertahankan gelaran juara terbuka wanita dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s ) 2025 apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu dalam perlawanan akhir sebentar tadi. Pada aksi di Stadium Tengku Muhammad Ismail itu, Selangor melakukan lima try dan dua conversion menumpaskan Terengganu, yang tampil buat kali pertama dalam kategori itu dengan mata 29-0. Juara bertahan itu...

Kelantan ‘Rampas’ Kejuaraan National 7s 2025

KUALA NERUS - Skrip berbeza ditampilkan dalam saingan terbuka lelaki Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s) 2025 apabila juara bertahan tahun lalu, Johor tumpas kepada pasukan pantai timur, Kelantan dalam perlawanan akhir sebentar tadi. Kelantan mendahului 10-5 pada separuh masa pertama dalam aksi sengit antara kedua-dua pasukan. Memasuki separuh masa kedua, Johor tidak menunggu lama untuk melakukan satu try dan...

HIMPUNAN TURUN ANWAR: ISYARAT TEGAS PENOLAKAN TERHADAP ANWAR DAN KEGAGALAN KERAJAAN

PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Wilayah Persekutuan dan anak muda yang turun secara berani dan aman ke Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai 2025. Kehadiran lebih 500,000 orang peserta, melepasi jangkaan awal sebanyak 300,000, membuktikan kebangkitan rakyat terhadap kepincangan pemerintahan Anwar Ibrahim dan Kerajaan PH-BN. 1. Suara rakyat tidak lagi boleh dibisukan. Gelombang luar...