Terengganu Mahu Tubuh Pusat Fasiiliti Agro Hijau Bersepadu

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui anak syarikat Agrotech Development Sdn Bhd telah mahu menubuhkan sebuah Pusat Fasiliti Agro Hijau Bersepadu yang dianggarkan bernilai RM93 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim berkata, pusat tersebut akan dibangunkan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Daerah Kemaman. "Merangkumi pembinaan pusat transit dan kuarantin haiwan ternakan,...

Perkasa Dakwah Belia, Fokus Bina Generasi Ummah Masa Depan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) terus memantapkan gelombang dakwah di seluruh daerah dan DUN, dengan memberi fokus kepada belia sebagai generasi pelapis ummah. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menjelaskan bahawa usaha dakwah ini bukan sekadar untuk menambah ilmu, tetapi memastikan akidah, syariah dan akhlak anak muda...

RM1.32 Bilion Royalti Petroleum Tak Masuk Akaun Kerajaan Negeri

KUALA TERENGGANU – Sejumlah RM1.32 bilion dana royalti petroleum milik Terengganu tidak disalur terus ke dalam akaun rasmi kerajaan negeri bagi tahun 2024 dan 2025. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat 2 November 2025 Terengganu telah direkod menerima RM1.08 bilion hasil royalti daripada anggaran keseluruhan sebanyak RM1.63 bilion  bersamaan 66.44 peratus bagi tahun ini. Namun jelas...

Walau Ditekan, Prestasi Ekonomi, Hasil dan Pelaburan Terengganu Melonjak

KUALA TERENGGANU – Terengganu terus membuktikan keupayaannya sebagai negeri yang stabil dan berdaya maju apabila berjaya mencatat peningkatan luar biasa dalam hasil ekonomi serta pelaburan negeri sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12). Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun kerajaan negeri berdepan pelbagai cabaran dan kritikan, prestasi keseluruhan pentadbiran terus melonjak dengan pencapaian yang membanggakan...

Terengganu Dinafikan Autonomi Lebih 50 Peratus Royalti Petroleum

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu mendedahkan bahawa negeri itu kini kehilangan autonomi mengawal hak royalti petroleum sepenuhnya selepas lebih separuh bayaran tersebut tidak masuk ke akaun kerajaan negeri. Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri berkata, lebih 50 peratus daripada keseluruhan hasil royalti petroleum tidak diserah untuk diuruskan Kerajaan Negeri bagi tempoh 2023 hingga 2025. Beliau menyifatkan situasi berlarutan itu sebagai...

Akta 672 Buka Peluang Pekerjaan Baharu di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menjangkakan lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) mula dilaksanakan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pelaksanaan akta berkenaan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kebersihan dan pengurusan sisa pepejal, malah turut memberi limpahan...

Pelaburan Terengganu Pada 2025 Tertinggi Dalam Sejarah – SME Bank

KUALA TERENGGANU – Sektor pembuatan di Terengganu mencatat sejarah baharu apabila nilai pelaburan melonjak kepada RM6 bilion hanya dalam tempoh separuh pertama tahun 2025. SME Bank Economic Research, dalam satu laporan yang dikeluarkan Mazlina Abdul Rahman, Syed Mohamad Bukhari Syed Bakeri, Uswatun Hasanah Mohd Zaini dan Muhammad Bukhari Baharrudin menyatakan nilai tersebut menjadikannya jumlah tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh sedekad. Menurut...

Bangunkan Pangkalan Data Usahawan Bersepadu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu komited memperkukuh ekosistem keusahawanan dengan membangunkan Pangkalan Data Usahawan Bersepadu melalui inisiatif Pemerkasaan Data Usahawan Negeri Terengganu di bawah Sistem Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dengan kos sebanyak RM200,000. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman, berkata usaha ini dilaksanakan bagi memastikan setiap bantuan dan program keusahawanan dapat disalurkan...

Anak Syarikat Kerajaan Terengganu, EPIC Raih Empat Pengiktirafan

KUALA TERENGGANU - EPIC Berhad terus memperkukuh reputasinya sebagai organisasi yang mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) apabila meraih empat pengiktirafan pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH) ke-43 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad itu menghimpunkan pelbagai organisasi...

Pasukan Khas Teliti Isu Tanah FELCRA

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganumenubuhkan pasukan khas meneliti semula perjanjian dan akaun kewangan melibatkan FELCRA Berhad bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan tanah milik kerajaan serta agihan keuntungan kepada negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Alam Sekitar Negeri, YB Dato Dr. Azman Ibrahim berkata langkah itu bertujuan memastikan pengiraan perkongsian keuntungan bagi projek-projek di bawah Program Usaha Sama...