PAS Sabah anjur bacaan yasin dan tahlil perdana arwah Zara Qairina
Oleh: Aizal Samsaruddin 4 Ogos 2025 SANDAKAN: PAS Negeri Sabah telah menganjurkan bacaan yasin dan tahlil perdana buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang telah meninggal dunia pada 16 Julai lalu. Majlis bacaan yasin yang bermula pukul 9 malam semalam, telah dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Adzman Jupri. Majlis tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan buat Al-marhumah Adik Zara Qairina...
RMK13: Wajar fokus sektor berimpak tinggi Pantai Timur- Amzad
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menzahirkan penghargaan atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri hari ini, namun dalam masa sama menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa keutamaan pembangunan yang tidak diberi perhatian sewajarnya, khususnya di Pantai Timur. Menurut beliau, antara kekecewaan utama ialah ketiadaan sebarang pengumuman berhubung projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) yang menghubungkan...
Terengganu kekal subsidi air percuma rakyat B40, masjid
KUALA TERENGGANU - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengekalkan subsidi air percuma kepada isi rumah B40 serta masjid dan surau berdaftar, walaupun pelarasan tarif air mula berkuatkuasa 1 Ogos 2025. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Abdul Karim Endut berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan pelarasan tarif bagi semua negeri di Malaysia di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi tempoh...
Penceramah muslimat perlu jadi pendamai pemikiran umat – Dr Najihatussalehah
Oleh : HABSAH ALI SHAH ALAM, 3 Ogo – Penceramah muslimat PAS diseru menjadi pendamai pemikiran umat dalam menyampaikan dakwah secara berstrategi dan berkesan. "Penceramah muslimat bukan sahaja petah berbicara, tetapi mampu menyampai dakwah dengan lebih segar, dinamik dan profesional," ujar Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Dr Najihatussalehah Ahmad. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel TOT Penceramah Berwibawa anjuran...
Kebimbangan penduduk terjawab, jalan susur ECRL selamat
Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA 31 Jul – Kegusaran penduduk sekitar Stesen ECRL Cherating berhubung pembinaan jalan susur keluar masuk akhirnya mendapat penjelasan dalam satu pertemuan khas di sini semalam. ADN Beserah, YB Dato’ Andansura Rabu berkata pertemuan bersama pihak Malaysia Rail Link (MRL), kontraktor CCCC dan wakil penduduk diadakan di Pejabat Tapak ECRL Section 5, Kemaman. “Saya menerima maklumat daripada...
Setiu yakin capai sasaran 1,000 Peserta Ijtimak Kepimpinan Negeri
KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Setiu yakin mencapai sasaran kehadiran sekurang-kurangnya 1,000 peserta ke Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu dengan kerjasama padu seluruh jentera parti. Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Ustaz Abdul Hadi bin Muhammad, berkata, menjadi tanggungjawab bersama seluruh ahli PAS di kawasan bagi memastikan program tahunan terbesar itu mencapai objektifnya. “Program tahunan ini amat penting kepada ahli di semua...
50 Usahawan Terengganu sertai Himpunan SERU25 di Putrajaya
KUALA TERENGGANU – Seramai 50 usahawan dari Terengganu bakal menyertai acara mega Himpunan 1000 Usahawan, SERU25 yang akan berlangsung di Putrajaya bermula 1 hingga 3 Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ariffin Deraman berkata, penyertaan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasakan jaringan keusahawanan negeri di pentas nasional. “Acara ini menghimpunkan usahawan dari pelbagai sektor...
Futsal Padang Eratkan Ukhwah
DUNGUN – Penganjuran Kejohanan Futsal Padang antara mukim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bukan sahaja untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia kampung. Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, YB Haji Ghazali Sulaiman berkata, bahkan ia juga bertujuan untuk memperkukuh ukhwah dan semangat perpaduan antara penduduk kampung melalui sukan. “Kita mahu belia di kampung aktif dan sihat,...
Kenegaraan Palestin ‘adalah hak, bukan ganjaran’
Kenegaraan bagi rakyat Palestin adalah hak, bukan ganjaran dan an penafian kenegaraan akan menjadi hadiah kepada pelampau di mana-mana sahaja didunia ini. Setiausaha Agung PBB pada hari Isnin menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil “langkah segera, konkrit, tidak dapat dipulihkan” ke arah penyelesaian dua negara, memberi amaran bahawa keadaan di Semenanjung Gaza mendorong rakyat Palestin lebih berputus asa. “Mari kita jelaskan! Masa...
Islam Wajib Berdaulat
Islam ialah al-din petunjuk Allah kepada manusia yang wajib ditinggikan sehingga berdaulat menjadi kerajaan yang mentadbir urusan negara. Inilah ketetapan yang menjadi perjuangan dan dilaksanakan oleh para anbiya’ sejak awal penciptaan Adam AS sehingga nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW. Dakwah para anbiya’ menetapkan supaya mengislamkan rakyat dan negara, sehingga umara’ dan ulama’ digabungkan dalam kewajipan ulu al-amr bagi memimpin kedaulatan...










