Kukuhkan dua pendekatan untuk sokongan mantap rakyat

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Hulu Terengganu menegaskan, dua pendekatan utama iaitu dakwah dan kebajikan perlu diperkukuhkan bagi memastikan sokongan rakyat terhadap PAS terus mantap menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Timbalan Yang Dipertuanya, Ustaz Hilmi Harun berkata, kemenangan besar PAS di Terengganu pada PRU lepas bukanlah hasil kekuatan parti semata-mata, tetapi merupakan anugerah Allah yang perlu dijaga dengan...

Harmonikan masyarakat majmuk dengan pendekatan islam yang adil

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, menegaskan bahawa PAS perlu terus memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk melalui pendekatan Islam yang adil, beradab dan inklusif, tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti itu. Menurut Dr. Balachandran Gopal Krishnan, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama mesti dipimpin dengan penuh hikmah, saling menghormati nilai dan sensitiviti antara satu sama lain. “Sebagai contoh,...

Netanyahu mahu takluk Gaza sepenuhnya

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersedia untuk mengumumkan rancangan untuk menduduki sepenuhnya Semenanjung Gaza, lapor media Israel. Keputusan Netanyahu akan menyaksikan tentera Israel meluaskan operasinya di seluruh Gaza termasuk kawasan di mana tawanan Hamas ditahan, lapor i24NEWS, The Jerusalem Post, Channel 12 dan Ynet pada Isnin. “Keputusan telah dibuat,” Amit Sega, ketua penganalisis politik dengan Channel 12, memetik seorang pegawai kanan...

Dakwah Gen Z perlu diubah suai agar relevan

Oleh : RR KUALA TERENGGANU – Pendekatan dakwah dan tarbiah terhadap Generasi Z perlu diubah suai agar lebih relevan dan selari dengan kehendak dan cabaran semasa. Ketua Ameerah Kemaman, Siti Nur Radhiah Alias berkata, golongan muda hari ini berdepan krisis identiti dan kekeliruan maklumat akibat ledakan media sosial, menjadikan mereka lebih terdedah kepada ideologi liberal, hedonisme dan relativisme nilai. “Marilah kita mengubah...

Buang ‘Islam’ Bercanggah

BESUT- PAS menegaskan bahawa cadangan seorang pemimpin Umno Johor supaya parti itu membuang perkataan “Islam” daripada nama parti adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan prinsip Islam dan menjejaskan perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, YB Dato’ Panglima Perang Ustaz Haji Mohd Nassaruddin Haji Daud berkata, PAS sejak awal penubuhannya berpaksikan Islam dengan menjadikan Al-Quran, Sunnah,...

600 Bekas Ketua Keselamatan Israel gesa Trump tamatkan perang Gaza

Lebih 600 bekas ketua keselamatan Israel telah menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menamatkan perang Israel ke atas Gaza kerana kematian berpuluh-puluh rakyat Palestin akibat kebuluran yang disebabkan oleh Israel telah menyebabkan kemarahan global. Rayuan itu dibuat dalam surat yang dihantar kepada Trump pada hari Ahad. Penandatangannya termasuk bekas ketua Mossad Tamir Pardo, bekas ketua Shin Bet Ami Ayalon dan...

Dialog JPKK-Agensi Kerajaan buka jalan selesai isu lembu, kera liar

SETIU – Satu sesi dialog antara wakil-wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi bersama agensi-agensi kerajaan telah berlangsung di Balairaya Kampung Gong Pasir, di sini. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiu itu merupakan susulan kepada pertemuan Ahli Parlimen Setiu bersama seluruh JPKK DUN Jabi yang diadakan pada awal Julai lalu. Antara isu utama yang...

THRDC buka semula peluang kerjaya di FOZ One untuk anak Terengganu

SENAI - Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) bakal membuka semula peluang pekerjaan kepada anak-anak Terengganu di FOZ One, sebuah syarikat pembuatan berteknologi yang semakin berkembang di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif THRDC, Aminuddin Omar berkata, lawatan kerja yang diadakan baru-baru ini menunjukkan kejayaan insiatif sebelum ini apabila ramai diterima bekerja selepas 'program outreach' yang dijalankan pada tahun 2022. "Syarikat ini...

Rosol tuntut PM kemuka bukti dakwaan Muhyiddin pertahan warga asing

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti sahih berhubung dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan warga asing berhubung pemberian subsidi kerajaan. Dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pagi tadi, Rosol membangkitkan isu berkenaan sambil mempersoalkan kesahihan tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar...

UC TATI sasar kerjasama strategik dengan FOZ One tingkat kemahiran pelajar

SENAI – Peluang menjalani latihan industri di syarikat berteknologi tinggi, FOZ One, diyakini mampu memperkukuh kemahiran dan meningkatkan daya saing graduan Universiti Kolej TATI (UC TATI), khususnya dalam bidang reka bentuk dan pembuatan acuan (tool and die). Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, lawatan ke syarikat tersebut baru-baru ini memberikan gambaran jelas bahawa FOZ One...