20 Unjam dilabuhkan di Perairan Sura

DUNGUN – Sebanyak 20 unjam berjaya dilabuhkan di perairan DUN Sura, kira-kira lapan batu nautika dari daratan. Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) Terengganu bagi membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan tempatan serta memelihara ekosistem marin secara mampan. Sebanyak 40 unit kerek simen digunakan sebagai struktur alternatif kepada tukun tiruan, sekali gus memperkaya ekosistem...

Sasar 500 individu bujang daftar Portal Jodoh

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 500 individu bujang untuk mendaftar dalam Portal Jodoh Darul Iman menjelang akhir tahun ini selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, portal tersebut menjadi mercu tanda baharu dalam usaha kerajaan membantu golongan bujang, termasuk ibu atau...

Terengganu pertegas kekal pengharaman vape

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu kekal tegas dengan keputusan pelaksanaan larangan penuh terhadap penjualan semua produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan di negeri ini yang bermula 1 Ogos lepas walaupun terdapat rayuan pihak tertentu untuk menangguhkannya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia sebagai usaha memelihara masa depan generasi muda daripada...

Kerjasama YT-UniSZA bawa Pelajar Cemerlang Terengganu ke Al-Azhar

KUALA NERUS – Enam pelajar cemerlang Terengganu terpilih sebagai kumpulan pertama mengikuti program persediaan perubatan di Pusat Asasi Ulul Albab Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebelum menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Dato’ Satiful Bahri Mamat memaklumkan, program kerjasama Yayasan Terengganu dan UniSZA itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan...

Portal Jodoh Darul Iman tangani trend lewat kahwin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dalam menangani trend peningkatan golongan muda lewat mendirikan rumah tangga dengan melancarkan Portal Jodoh Darul Iman (PJDI) sebagai platform pencarian pasangan hidup yang selamat dan mematuhi syariah. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata portal berkenaan bukan sahaja membantu mempercepatkan proses mencari jodoh dalam kalangan pemuda, pemudi dan...

Dr. Sam hairan insiden bendera terbalik makin kerap

KUALA TERENGGANU – Semua pihak diingatkan agar tidak memandang remeh berkaitan pengibaran Jalur Gemilang, sebaliknya ia perlu dilakukan dengan rasa hormat dan penuh kepekaan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Jalur Gemilang adalah identiti negara yang seharusnya dihormati dan dikibarkan dengan penuh rasa bangga serta semangat patriotik. “Berkaitan isu bendera terbalik ini, saya juga hairan kenapa sejak...

Terengganu tuan rumah persidangan biodiversiti hutan pertama di Malaysia

KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran ekspedisi saintifik biodiversiti hutan sejak tahun 1999. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, Persidangan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Tahun 2025 kali ini merupakan persidangan pertama yang dilangsungkan dalam bentuk persidangan penuh. Beliau menyifatkan penganjuran persidangan...

Cahaya dalam kegelapan: Doktor sukarela rawat penagih setiap bulan

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan pakar psikiatri yang hadir secara sukarela tanpa sebarang bayaran kini menjadi sinar harapan buat para penagih di Pusat Pemulihan Darul Barakah, apabila mereka sanggup turun padang setiap bulan bagi memberi rawatan dan sokongan kesihatan mental kepada para pelatih yang sedang berjuang melawan ketagihan. Menurut Pengurus Darul Barakah, Alif Mahari, doktor-doktor tersebut terdiri daripada pakar psikiatri dari...

KUMPULAN DERHAKA MELAWAN SERUAN ALLAH

Minda Presiden PAS KUMPULAN DERHAKA MELAWAN SERUAN ALLAH Firman Allah SWT: وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ...

Amaran PBB terhadap perluasan operasi Ketenteraan Israel di Gaza

Seorang pegawai kanan PBB pada hari Selasa memberi amaran terhadap kemungkinan pengembangan operasi ketenteraan Israel melalui Semenanjung Gaza. Laporan terbaru mengenai kemungkinan keputusan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk meluaskan operasi ketenteraan Israel ke seluruh Semenanjung Gaza. “jika benar, amat membimbangkan,” kata Penolong Setiausaha Agung PBB untuk Eropah, Asia Tengah dan Amerika Miroslav Jenca. “Ini akan berisiko akibat malapetaka bagi berjuta-juta rakyat...