Ahmad Samsuri pertahan kerusi Rhu Rendang
MARANG – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri, 12 Ogos ini. Seramai lapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga akan mempertahankan kerusi di DUN masing-masing. Manakala, dua lagi EXCO kerajaan negeri, Dato’ Dr Alias Razak (Bukit Tunggal) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar...
Hanya PAS tampilkan calon wanita di Terengganu
MARANG - Hanya PAS yang menampilkan calon wanita bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 12 Ogos nanti. Perkara tersebut disahkan selepas semua parti mengumumkan calon masing-masing termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan semua calon lelaki. Sebentar tadi, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussain Awang mengisytiharkan Zuraida Md Noor, 43, sebagai calon...
Bekas Pengerusi vs Pengerusi KETENGAH di DUN Kijal
Oleh : Pyang Mamat KEMAMAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N30 Kijal, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas Pengerusi Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Senator Datuk Razali Idris mewakili PAS dan Datuk Seri Ahmad Said mewakili Barisan Nasional (BN) merupakan pengerusi KETENGAH sekarang. Datuk Razali Idris sebagai Ketua BERSATU Terengganu menyerahkan borang penamaan pada jam 9.10 pagi dan Ahmad selaku...
PAS hampir menang di DUN Air Putih
Oleh : Wan Hadi KEMAMAN – Calon PAS/PN Mohd Hafiz Adam hampir menang tanpa bertanding pada proses penamaan Dewan Undangan NEGERI (DUN) N32 Air Putih apabila didapayi beberapa dokumen dari calon Barisan Nasional (BN) tidak lengkap. Walau bagaimanapun ianya dapat diselesaikan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya Ahmad Nazwawi Harun yang dilantik di Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman...
Ustaz Shafizi sekali lagi mencabar Bazlan
KUALA NERUS – Penamaan Calon PRU-15 Negeri Terengganu bagi DUN Batu Rakit, berlangsung di Institut Pendidikan Guru Dato’ Rozali menyaksikan pertembungan seteru lama, Ustaz Mohd Shafizi Ismail mencabar Cikgu Bazlan. Kedua-dua calon itu tiba di lokasi seawal 7.30 pagi diiringi perarakan bersama kira-kira lebih 1,000 orang, hadir memberikan sokongan. Ustaz Mohd Shafizi (PAS/PN) bersama pencadangnya, Mohd Khairul Nizam Mohd Rozali diapit...
Ayuh! bekerja keras, pertahankan kerajaan negeri
DUNGUN – Seluruh rakyat dan semua pengundi digesa bekerja bersungguh-sungguh untuk membina kekuatan dan menggerakkan gelombang kebangkitan, mempertahankan kerajaan negeri Terengganu pada hari membuang undi nanti. Calon PAS/ PN bagi DUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, menggenggam amanah dan komited untuk menumpaskan pihak lawan, PHBN. Beliau yang berumur 37 tahun mengajak anak muda memberi pengajaran kepada kerajaan pusat...
Calon wanita PAS bukan ‘benda baru’
Oleh : Sumaiyah Zakaria KUALA TERENGGANU – Penampilan kaum Hawa sebagai calon PAS pada satu-satu Pilihan Raya bukan bukanlah satu perkara baru dan tidak luar biasa kepada parti siasah dsn dakwah itu. Calon PAS/ PN untuk PRU Negeri Terengganu Ke-15 bagi DUN Ladang, Zuraida Md Noor berkata, PAS Terengganu pernah menghantar calon wanita dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 di DUN...
2,000 Iringi calon PAS Wakaf Mempelam
Oleh : Ammar Rozlan KUALA TERENGGANU – Kehadiran calon PAS/ Perikatan Nasional (PN) Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam itu diringi hampir 2000 penyokongnya di Pusat Penamaan Calon (PPC), Taman Tamadun Islam (TTI). Beliau yang juga Setiausaha PAS Terengganu berkata, proses pernamaan calon berjalan dengan lancar dengan perarakan calon bersama penyokong...
“Kita ada kelebihan”
Oleh : Rohayati Ripin SETIU – PAS yakin akan menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN kali ini kerana parti itu ada kelebihan brbanding PRU lalu. Calon PAS/Perikatan Nasional (PN) DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, beliau lebih yakin berdasarkan pada PRU ke-15 berlaku baru-baru ini. “Kita ada kelebihan di situ dan insya Allah momentum undi masih...
Jerteh Bandar ‘Sejahtera, Peduli dan Lestari’
BESUT – Dewan Undangan Negeri N03 Terengganu yang termasuk di dalamnya bandar Jerteh akan dibangunkan secara ‘Sejahtera, Peduli dan Lestari’. Calon PAS/ Perikatan Nasional Dr Riduan Mohamad Nor berkata, bandar tersebut bukan sahaja akan menjadi bersih dari segi fizikal tetapi juga dari sosial. “bersih dari segi kekotoran, kemudiannya bersih dari segi penyalahgunaan dadah dan kita akan menyiapkan projek-projek yang terbengkalai dan...