Projek Taman Rekreasi Razif terbiar
KUALA NERUS – Projek Taman Rekreasi dan Jeti Tebing Tinggi, Seberang Takir, yang diusahakan oleh mantan ADUN Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menelan belanja RM290,000 telah menjadi semak samun, terbiar dan tidak terurus. Ahmad Razif ketika perasmiannya pada tahun 2011 berkata, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan satu produk pelancongan yang dilihat ‘mundur’ tetapi sebenarnya cukup berpotensi termasuk...
Jangan guna cara kotor
KUALA NERUS – Jangan ada mana-mana pihak parti politik menggunakan cara kotor untuk menyekat gelombang rakyat memilih Perikatan Nasional (PN) dengan mencipta provokasi politik dengan mengaitkan perbuatan khianat seperti merosakkan bendera dan poster adalah tindakan ekstrem penyokong PN. Calon PAS- PN Seberang Takir, Khazan Che Mat berkata cara tersebut bukan usaha yang baik bagi mengalih sokongan rakyat agar tidak lagi...
Ajil yakin ulangi sejarah kemenangan PRU14
HULU TERENGGANU – Calon PAS/PN DUN Ajil Ustaz Maliaman yakin akan mengulangi sejarah kemenangan yang diraih DUN tersebut pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu. Beliau berkata, gerak kerja kempen telah berjalan kemas dengan kerjasama semua pihak termasuk penyusunan jadual dan kehadiran para petugas sepanjang waktu. Mantan ADUN Ajil itu juga yakin akan memenangi undi awal yang ditetapkan Suruhan Jaya Pilihanraya...
Rumah orang islam, kedai dirobohkan; lebih 150 ditangkap di Nuh di Haryana India
Lebih 300 rumah dan perniagaan orang Islam telah dirobohkan dan 150 orang ditangkap oleh kerajaan sayap kanan Bharatiya Janata Party (BJP) Haryana, India sejak Khamis lalu. Seorang penduduk yang menjadi mangsa, Abdul Rasheed berkata, tindakan zalim itu adalah satu lagi contoh hukuman kolektif dan terpilih terhadap masyarakat atas keganasan agama . Beliau berkata, polis mengurungnya di dalam bas ketika jentolak merobohkan...
Pengundi autism ceria sambut Isteri Calon
Oleh : Siti Mariam KUALA NERUS – Calon DUN Seberang Takir, Ustaz Khazan Che Mat yang telah mewakilkan isterinya, Nik Aini Nik Soh untuk menyantuni pengundi-pengundi di kawasan itu telah disambut dengan ceria di setiap rumah yang dikunjungi. Salah seorang pemuda autism yang dikenali sebagai Ery, 36 sangat teruja untuk mengundi dan kelihatan ceria semasa dikunjungi Nik Aini dan rombongan di...
Ahmad Said ‘Tenggelam’ di sebalik Tok Li
KEMAMAN - Poster gergasi calon PAS, Tok Li atau Dato' Razali Idris yang dipasang penyokong PAS di Kampung Bukit Kuang, Kijal menenggelamkan poster calon BN sehingga mencuri tumpuan orang ramai. Pengarah Majlis Tindakan DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata billboard bersaiz 40x40 itu dihasilkan menggunakan duit ahli dan penyokong PAS serta orang perseorangan. “Semangat penyokong PAS-Perikatan Nasional untuk merampas DUN Kijal...
Pasangan lena dibuai mimpi dicekup Pejabat Agama
DUNGUN – Sepasang kekasih yang kononnya berhenti untuk tidur antara tiga pasangan yang ditahan oleh Pejabat Agama Daerah Dungun dalam satu Operasi Bersepadu di sekitar Pantai Dungun di sini. Ketua Unit Penguatkuasaan (KUP) Pejabat Agama Daerah (PAD) Dungun, Ahmad Mohsein Zakaria berkata kesemua pasangan tersebut dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana...
Berbaki tiga hari kempen, PAS sedang mendahului
KUALA TERENGGANU - Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Perikatan Nasional (PN)-PAS sedang mendahului dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 ketika tempoh berkempen berbaki tiga hari sahaja lagi. Katanya, dengan meletakkan sasaran untuk menyapu bersih 32 kerusi DUN Terengganu pada PRU (DUN) 12 Ogos ini, jentera parti perlu terus fokus kepada usaha menyantuni...
30 Vs 10, Kupas realistik dalam retorik
BESUT - Sekalipun Tawaran 30 Akujanji Barisan Nasional (BN) Terengganu dilihat lebih 'menggiurkan' rakyat negeri itu, parti PAS yang menjadi lawan tunggal dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-14 merasakan Manifesto PAS lebih realistik. Calon PAS bagi kerusi DUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pengundi perlu menilai realiti dalam retorik yang dibentangkan. "Tawar sebanyak 30 atau...
Kempen PH-BN londeh niat jahat sendiri
KUALA TERENGGANU - Kempen PH-BN yang menyatakan pentingnya memilih Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan daripada parti politik sama adalah strategi 'melondehkan kejahatan' sendiri. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata hujah kononnya bagi memastikan peruntukan dan pembangunan akan sampai ke Terengganu sebenarnya amat lemah kerana Terengganu adalah salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan dan hubungan ini dijamin oleh asas perlembagaan yang...