Penantian 64 tahun Seberang Takir berakhir
Oleh : Siti Mariam KUALA NERUS – Slogan “terik ni kita ambik” menjadi dan berjaya menamatkan penantian selama 64 tahun untuk menawan PAS DUN Seberang Takir. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata kemenangan itu sangat besar maknanya kepada para pejuang Islam dalam DUN tersebut yang sekian lama menanti dan mengharapnnya. “Setelah 16 kali pilihan raya, akhirnya menjadi...
Kacau sura kesyukuran sempena menang
Oleh ; Rohayati Ripin BESUT – Seorang Muslimat Kg Gong Manok dekat sini yang dikenali Rohana Yaacob mengacau sura sebanyak dua kawah dan mengagihkan kepada orang kampung sempena PAS menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Terengganu ke 15. Katanya, sebelum ini pun, memang menjadi rutin beliau setiap tahun berkongsi rezeki bersama orang di sekitar kawasan tersebut tanpa mengira parti. “Alhamdulillah tahun...
Mekanisme semak dan imbang DUN tanpa pembangkang
Oleh : Eikhwan Ali Walaupun tiada pembangkang di DUN Terengganu, fungsi ‘check and balance’ masih boleh diwujudkan menerusi beberapa mekanisme. Antaranya telah disebut oleh YB Dato’ Haji Yahaya Ali, Yang DiPertua DUN Terengganu dan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Rusila pada Sabtu lepas. YB Dato’ Haji Yahaya Ali secara umum menekankan tentang keperluan rakyat untuk berperanan...
Hj Khuz kekal terajui Kota Putera
KUALA TERENGGANU – Rakyat dan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera kekal memilih Timbalan Diperpetua PAS Besut, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman untuk mewakili mereka. Beliau selaku penyandang kerusi DUN berkenaan pada penggal lalu, menewaskan pencabar dari Barisan Nasional (BN), Dato’ Pehimi Yusof. Pehimi juga penyandang DUN Jertih sebelum ini, kembali ke Kota Putera yang pernah dimenanginya pada 2008. Nurkhuzaini memperoleh...
PAS peroleh majoriti undi dua kali ganda di DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memperoleh jumlah majoriti undi dua kali ganda di DUN Batu Buruk iaitu 17668 undi berbanding pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14) yang lalu iaitu 5288 undi. Jumlah tersebut menyaksikan calon PAS, Dr. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi kekal mempertahankan kemenangan di DUN tersebut menewaskan calon Pakatan Harapan, Zamir Ghazali. Ketika ditemui, Dr. Ustaz Muhammad...
Muslim di Haryana, India berdepan ancaman boikot ekonomi
Pertubuhan berhaluan kanan Hindu menggesa pemboikotan ekonomi terhadap perniagaan Islam dan menghalang orang Islam keluar dari kampung selepas keganasan komunal yang membawa maut meletus di negeri Haryana, India. Pertempuran sektarian meletus di daerah Nuh pada 31 Julai selepas perarakan keagamaan oleh organisasi Vishwa Hindu Parishad dilaporkan diserang, membunuh enam orang termasuk dua pengawal keselamatan. Pertempuran tidak lama kemudian merebak ke daerah...
Kenyataan Media | PAS Perak menyeru perpaduan dominasi kuasa melayu
KENYATAAN MEDIA PAS PERAK PAS PERAK MENYERU PERPADUAN DOMINASI KUASA MELAYU PAS Perak mengucapkan tahniah kepada rakyat dan pengundi di enam negeri yang telah menunaikan tanggungjawab pada 12 Ogos lalu. Keputusan yang di buat oleh pengundi khasnya Melayu dan sebilangan pengundi bukan Melayu memberi isyarat penolakan kepada kerajaan sedia ada. Isyarat ini sewajarnya di sambut oleh semua kepimpinan parti untuk menilai...
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 "Saya mewakili Perhubungan PAS Perak ingin mengucapkan TAHNIAH kepada YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman." "Saya mendoakan semoga Negeri Kedah Darul Aman maju jaya dan berdaya saing serta dapat merealisasikan impian Menteri Besar sendiri iaitu: "Negeri Kedah Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti." Selamat menjalankan...
Ekonomi, Pelancongan dan Sosial jadi fokus Azbi
BESUT - Sektor ekonomi rakyat, pelancongan dan sosial masyarakat setempat akan menjadi fokus utama yang akan diberi tumpuan, ujar Azbi Salleh. Wakil PAS yang baru memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut itu berkata, amanah itu sangat besar bagi dirinya memandangkan beliau menang dengan majoriti agak selesa. "Ini tanggungjawab cukup besar untuk menjadi wakil rakyat di Hulu Besut, saya pada...
Ahmad Said akhirnya tersungkur di Kijal
KEMAMAN – Calon PAS, Datuk Razali Idris atau Tok Li menang bergaya apabila berjaya menumbangkan calon Barisan Nasional (BN) terkuat di kerusi N30 Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dengan majoriti 3,758 undi pada Pilihanraya Umum Negeri ke 15. Pengerusi Bersatu Negeri Terengganu itu yang mengenakan lambang PAS pada kertas undi menang dengan memperolehi undi sebanyak 13,403 manakala Ahmad Said penyandang...