PAS bersama Umno berprinsip, PH lindungi Umno bermasalah

Bagi menjawab kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak yang kabur politiknya, sehingga keliru membuat keputusan dan menganggap bahawa sama sahaja antara PAS bersama UMNO dengan PH bersama UMNO, maka perlunya penjelasan kepada perbezaan antara sikap PAS terhadap UMNO dengan sikap PH yang berbeza menubuhkan kerajaan yang berjenama ‘perpaduan’ bersama UMNO yang terpilih. Berlaku perpecahan dalam UMNO akibat tsunami politik yang berlaku...

TSG Shimano Fellowship Ride realisasikan Terengganu negeri basikal

KUALA TERENGGANU - Penganjuran TSG Shimano Fellowship Ride 2023 yang menjadi acara terbesar setiap tahun berupaya menjelmakan Terengganu sebagai Negeri Kayuhan Basikal. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, program yang dianjurkan oleh Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) tersebut selaras dengan teras utama dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) bagi...

Kerajaan bakal bina Kompleks Stesen Bas bernilai RM17 juta di Jerteh

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membina projek mega di bandar Jerteh iaitu Kompleks Stesen Bas dan Kereta Sewa yang bernilai anggaran RM17 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Riduan Mohamad Nor berkata projek tersebut dijangka bakal dijalankan pada Januari 2024. Katanya, Kompleks Stesen Bas dan Kereta Sewa itu bakal menjadi mercu tanda baru bagi bandar Jerteh...

Ahli MKT UMNO perlu muhasabah diri

KUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Lokman Adam perlu bermuhasabah bagi mengelakkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang naif. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, tindakan Lokman menggelar anak-anak kecil dengan panggilan seekor dan mengaitkannya dengan PASTI adalah sangat tidak bertanggungjawab. Mohd Fadhli turut mempersoalkan kenapa Lokman seakan...

3,500 Peserta meriahkan TSG Shimano Fellowship Ride 2023

KUALA TERENGGANU, 2 September - Seramai 3,500 peserta telah memeriahkan program berbasikal atau TSG Shimano Fellowship Ride 2023. Penganjuran berprestij oleh kerajaan negeri melalui Terengganu Polygon Cycling Team itu bukan hanya disertai peserta dalam negara bahkan juga turut menerima penyertaan dari Singapura, Indonesia dan Thailand. Pada pagi tadi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd...

Warga emas tetap bersemangat berarak sambut merdeka

KUALA TERENGGANU - Menjangkau usia 64 hingga 85 bukan penghalang untuk Geng Surau Padang Luar, mengambil inisiatif tersendiri menyambut kemerdekaan negara. Penyelaras Program, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, kalangan peserta terdiri daripada pesara kerajaan termasuk guru semuanya bersemangat menzahirkan perasaan penuh cinta kepada negara. "Walaupun ada yang uzur mereka tetap hadir namun mereka tidak sama-sama berarak seperti yang lain hanya berada...

Jet pejuang sukhoi curi tumpuan

KUALA TERENGGANU - Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri di sini turut dihidangkan dengan aksi pertunjukan udara jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Segmen pertunjukan udara TUDM tersebut dibarisi oleh dua pesawat pejuang sukhoi. Pada program itu, dianggarkan lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shahbandar, pada Khamis. Orang ramai turut hadir bagi menyaksikan perarakan...

Budayakan hari Jumaat sebagai Hari Ilmu

KUALA TERENGGANU - Orang ramai digalakkan membudayakan setiap hari Jumaat sebagai Hari Ilmu serta meningkatkan rasa cintakan ilmu yang menjadi tonggak kepada pembangunan ketamadunan dan modal insan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata semenjak PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengisytiharkan hari Jumaat...

Hak pengampunan adalah ketetapan Allah

Minda Presiden PAS HAK PENGAMPUNAN ADALAH KETETAPAN ALLAH Firman Allah SWT: ﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٞۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٞ ١٧٨ وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٧٩﴾ “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan...

Jumaat hari ilmu

KUALA TERENGGANU – Hari Jumaat telah diisytiharkan sebagai ‘Hari Ilmu’ bermula 2019 semenjak PAS mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman, YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pengisytiharan itu bertujuan untuk meningkatkan budaya cintakan ilmu. “Ilmu menjadi tonggak kepada pembangunan ketamadunan dan modal insan...