Tourism Terengganu nafi kutip deposit Peniaga Karnival Jom Heboh
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menafikan dakwaan terlibat dengan kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang didakwa diadakan pada 17 hingga 21 Ogos lalu sepertimana telah tular di media sosial. Pengarah Tourism Terengganu, Fadli Yusof berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu kutipan wang deposit ini dan menafikan sekeras-kerasnya tindakan individu tersebut yang dipercayai dilakukan demi...
Pelancong luar puji Terengganu
KUALA TERENGGANU - "Dalam hidup kami tidak pernah tengok pantai sebersih ini, kami dapat jumpa banyak ikan, coral. Kalau tanya saya, ya, Terengganu adalah salah satu tempat tercantik di Malaysia,” ujar pelancong dari Selangor. Punitha, 48, yang berasal dari Shah Alam berkata, mereka sekeluarga sangat teruja ketika pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Redang. “Kami banyak mendengar tentang Terengganu antaranya kecantikan...
Aiman sasar rampas jersi Tour Gateh D’Tranung
KUALA TERENGGANU, 3 September- Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menyuarakan keinginan untuk memenangi salah satu jersi peringkat yang dipertandingkan di Tour Gateh D'Tranung 2023 (TGDT23), yang bermula esok. Sekalipun masih mencari kecergasan kerana baru pulang dari perlumbaan di Iran, pemenang jersi merah Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 itu akan cuba memberikan...
Sambut Hari Kebangsaan di Laut
KUALA TERENGGANU, 3 September – 'Luar biasa', itulah gambar sesuai bagi menterjemahkan semangat rakyat negeri ini meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Peringkat Negeri Terengganu apabila ada antara mereka yang meraikannya di lautan. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji program tersebut yang mendapat sambutan baik dan kemeriahan lebih berganda pada tahun ini. Katanya, apabila negeri ini meraikan sambutan perarakan Kemerdekaan di...
‘Silap kata mundur, Terengganu negeri wajib dikunjungi’
KUALA TERENGGANU – Silap besar jika ada pihak mengatakan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mundur dan patut diboikot, ujar pelancong dari Selangor. Sunaini Othman, 54, yang berasal dari Shah Alam berkata, Terengganu merupakan sebuah negeri yang wajib dan berbaloi untuk dikunjungi. Katanya, negeri pantai timur itu terus menjadi pilihan orang ramai menghabiskan masa bercuti sehingga beberapa lokasi popular dipenuhi pelancong, sepanjang tempoh cuti...
Camper Rally Gathering Pecah Malaysia Book Of Records
KUALA TERENGGANU, 3 September - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berjaya menghimpunkan 250 campervan dan motorhome (CRM) dengan penglibatan lebih 700 ahli keluarga sempena program Camper Rally Gathering 2023 di Pulau Poh, Kenyir. Penganjuran program selama tiga hari berakhir semalam itu mendapat kerjasama Persatuan Campervan & Motorhome Malaysia (PCMM) dan turut melibatkan penyertaan terbesar pemilik CRM Malaysia iaitu...
Festival Muay Thai gegar Terengganu bermula 29 September
KUALA TERENGGANU - Persatuan Muay Thai Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan menganjurkan Terengganu Fight (T-FIGHT) Festival 2023 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak pada 29 dan 30 September ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya akan memantau konsep perjalanan festival tersebut supaya mesra syariah dan akan dijadikan sebagai garis panduan bagi sukan bela diri berasaskan Muay...
Empat Menteri Besar PN bertemu dua tokoh negarawan
KUALA TERENGGANU - Empat Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan dengan dua tokoh negarawan baru-baru ini. Tokoh negarawan tersebut merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pertemuan tersebut diadakan di kediaman Tun Dr Mahathir pada jam 5.30 petang, Sabtu. Kesemua Menteri Besar tersebut...
Konsert terkawal di kampus, normalisasi dosa dan penyuburan budaya hedonisme
Okeh: Dr Riduan Mohamad Nor Kampus adalah medan pemupukan nilai intelektual, mencanai idealisme serta melatih mahasiswa sebagai pemimpin masa depan. Kampus adalah ruang terbaik untuk membentuk generasi ilmuan dan tenaga kompeten , mahir dan terlatih . Atas alasan kesakralan inilah maka kampus wajar dijauhkan daripada budaya murahan dan ” sensate culture”, kampus mestilah menjadi wadah yang menjunjung intergriti , kemuliaan...
PAS bersama Umno berprinsip, PH lindungi Umno bermasalah
Bagi menjawab kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak yang kabur politiknya, sehingga keliru membuat keputusan dan menganggap bahawa sama sahaja antara PAS bersama UMNO dengan PH bersama UMNO, maka perlunya penjelasan kepada perbezaan antara sikap PAS terhadap UMNO dengan sikap PH yang berbeza menubuhkan kerajaan yang berjenama ‘perpaduan’ bersama UMNO yang terpilih. Berlaku perpecahan dalam UMNO akibat tsunami politik yang berlaku...