1,000 sertai sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,000 penjawat awam negeri ini menyertai Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, sesi libat urus itu amat signifikan untuk membantu pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam...

Harga beras bawah bidang kawal selia padi beras negara- Dr Azman

KUALA TERENGGANU - "Harga beras adalah bawah bidang kawal selia padi beras negara. Siapa pun pengedar dan pembungkus perlu patuh kepada siling harga yang ditetapkan," ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim. Katanya, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) hanya bertanggungjawab membungkus dan mengedar beras MyGAP yang...

Peringkat kedua TGDT23 saji lebih cabaran

KUALA NERUS - Laluan perlumbaan peringkat kedua Tour Gateh D'Tranung 2023 (TGDT23) bakal memberi cabaran lebih besar kepada pelumba-pelumba yang bersaing hari ini. Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, laluan beralun dan berbukit di pertengahan perlumbaan itu akan mewujudkan lebih banyak drama dan aksi kayuhan oleh para pelumba. "Kalau ikut laluan perlumbaan peringkat kedua ini, permulaannya adalah...

“OPS POKOK” BUKTI Jabatan Amal Malaysia SENTIASA BERSEDIA BILA DIPERLUKAN

TASEK GELUGOR - Hujan dan angin kuat semalam menyebabkan banyak kawasan yang mengalami banjir kilat dan pokok tumbang di sekitar Pulau Pinang. Angota Jabatan Amal Pulau Pinang telah dikerahkan untuk turun membantu memotong pokok yang tumbang ditepi² jalan. Ianya perlu disegerakan bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Dalam masa yang sama ada unit yang dihantar...

Bahaya Pluralisme dan Liberalisme agama

KUALA TERENGGANU - Ancaman Pluralisme dan Liberalisme agama lebih bahaya berbanding ajaran sesat kerana serangannya tidak jelas dan terselindung daripada pengetahuan umum. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ancaman dua fahaman itu mengelirukan dan menyerang pemikiran umat Islam khususnya golongan belia pada masa ini. "Dua fahaman itu sukar dijelaskan di samping umat Islam...

Lapangan Terbang Sultan Mahmud dalam perhatian Kerajaan Negeri

KUALA TERENGGANU – Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Terengganu sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata pihaknya telah melakukan tinjauan di Lapangan Terbang tersebut yang dikatakan agak suram. "Melalui tinjauan tersebut, kami mendapati bahawa LTSM sedikit mengalami kesusahan dari sudut pelancong asing...

Aiman bolot tiga jersi saingan pertama TGDT23

KEMAMAN - Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff melaungkan cabaran awal kepada pelumba-pelumba lain apabila membolot tiga jersi yang dipertandingkan dalam saingan peringkat pertama Tour Gateh D'Tranung 2023 (TGDT23) dari Marang ke Kemaman, hari ini. Pemegang jersi merah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 itu memenangi jersi biru (kategori individu terbaik), jersi hijau (raja pecut) dan...

Hasrat jadikan Terengganu ‘Land Of Cycling’ mampu dicapai

MARANG - Kerajaan negeri optimis impian untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri kayuhan basikal mampu dicapai. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, hasrat menjadikan Terengganu sebagai 'Land Of Cycling' merupakan sebagai sebahagian daripada promosi pelancongan negeri Terengganu. "Di mana destinasi yang menjadi tempat atau hentian program sebagaimana yang diadakan hari ini (Tour Gateh D'Tranung)...

592 Peserta bakal tawan Gunung Tebu

KUALA TERENGGANU - Seramai 592 Peserta Mount Tebu Climbathon Challenge 2023 (MTCC’23) bakal menawan puncak Gunung Tebu pada 9 September 2023 di Taman Eko Rimba, Lata Belatan, Besut, Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata penganjuran itu diadakan bertujuan mengajak orang ramai bagi membudayakan aktiviti bersukan yang cergas melalui elemen pendakian gunung. Katanya,...

Pecutan Tour Gateh D’Tranung bermula hari ini

MARANG - Perlumbaan Jelajah Terengganu (Tour Gateh D'Tranung) hari ini telah memulakan cabaranya membabitkan 27 pasukan bertaraf benua. Peringkat pertama kejohanan berbasikal berkenaan hari ini telah bermula dari Pulau Kekabu (Marang) dan akan melalui perjalanan sejauh 157.3 kilometer ke Pantai Teluk Mak Nik (Kemaman). Pelepasan pelumba-pelumba basikal berkenaan telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali...