Dr. Sam Cadang Pusat Kecemerlangan REE, Tegur Hak Negeri Diabai
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan kerajaan Persekutuan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Nasional REE bagi merancakkan pembangunan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NREE) di Malaysia. Menteri Besar Terengganu itu berkata, pusat berkenaan perlu memberi fokus kepada pembangunan pemprosesan berteknologi tinggi, metalurgi unsur nadir bumi serta kaedah pemulihan tanpa sisa, selari dengan keperluan...
Muaz, Nurjannah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Setiu
SETIU – Qari dan qariah dari Kampung Ladang Bari Sungai Tong, Muhammad Muaz Mokhtar dan Nor Jannah Abd Rahman, dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Kampung Banggol, malam tadi. Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan, plak serta sijil penyertaan. Naib johan bagi kategori qari dimenangi Ramli Awang Teh...
Anak Didik Imtiaz Rangkul Tiga Anugerah Bertaraf Antarabangsa BIICC 2025
KUALA TERENGGANU - Aira Nur Maisarah Abdullah Fuad, 14, melakar momen bersejarah apabila pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu itu merangkul tiga anugerah bertaraf antarabangsa dalam Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2025. Kejayaan tersebut diraih menerusi projek infografik bertajuk 'When They Disappear, So Do We', yang membolehkan Aira membawa pulang 'Gold Medal', 'Platinum Award' serta 'Best Infographic...
LPT3 ‘Hilang’, KDNK Diturunkan : RMK-13 Rencatkan Pembangunan Terengganu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mendesak Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen sebenar untuk membawa masuk program dan projek berimpak tinggi ke negeri ini, termasuk pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), bagi merancakkan pembangunan ekonomi Pantai Timur. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas meneliti dokumen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), beliau mendapati Terengganu hanya terlibat...
RMK-13 Tidak Seiring Realiti Pertanian Terengganu
KUALA TERENGGANU – Sasaran pertumbuhan sektor pertanian Terengganu hanya 1.1 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) disifatkan terlalu rendah dan bercanggah dengan pengumuman besar Kerajaan Persekutuan yang mahu menjadikan negeri itu hab pembangunan ekonomi biru dan hab pengeluaran makanan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim, berkata sasaran itu tidak selari...
MB Terengganu saran Kerajaan perkenal Geran Khusus Persekutuan–Negeri
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Persekutuan disaran memperkenalkan Geran Khusus Persekutuan–Negeri melalui akta baharu di bawah kuasa Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan bagi memperkukuh kerjasama antara Pusat dan negeri. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cadangan itu bertujuan memastikan peruntukan dapat disalurkan terus kepada negeri untuk melaksanakan projek nasional atau keutamaan negeri tanpa ketirisan, birokrasi dan kelewatan...
Dr. Sam Pelik Sasaran PM Terhadap Pertumbuhan Pertanian Terengganu
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa hairan terhadap sasaran pertumbuhan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian Terengganu yang hanya ditetapkan pada purata 1.1 peratus setahun. Menurutnya, angka tersebut tidak mencerminkan potensi sebenar negeri itu, memandangkan sektor...
Seminar INSKEN bongkar cara usahawan elak rugi dan produk tersadai
KUALA TERENGGANU – Lebih 30 usahawan tempatan berpeluang meningkatkan ilmu perniagaan menerusi Seminar Usahawan MADANI: Pembangunan Produk dan Servis (SUM:PPS) anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), baru-baru ini. Seminar sehari itu menekankan topik penting seperti teknik membangunkan produk dan servis, analisis pasaran, enam fasa pembangunan produk serta pengiraan kos. Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni berkata,...
Dr. Sam curi tumpuan bakal sertai perbahasan RMK-13 hari ini
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijadualkan membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) di Dewan Rakyat pada jam 11.45 pagi ini, satu sesi yang dijangka menarik perhatian ramai khususnya rakyat Terengganu. Menurut beliau, ruang perbahasan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengupas pelbagai isu penting yang menyentuh masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. "Insya-Allah, saya...
BELA ARWAH ZARA – HENTIKAN PEMBULIAN, LAKSANAKAN KEADILAN SEBENAR
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa dukacita dan marah terhadap insiden tragis yang menimpa arwah adik Zara, mangsa buli yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat kezaliman manusia yang tidak berperikemanusiaan. Kami menegaskan bahawa semua pihak berkuasa yang relevan termasuk badan Kehakiman, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil tindakan tegas dan menyeluruh bagi memastikan...











