Kerajaan Negeri sasar cukupkan keperluan makanan tempatan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri berusaha mencukupkan keperluan tempatan dengan menaikkan kadar pengeluaran secara berperingkat sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, antaranya dengan memajukan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). “Kita juga buat program khusus untuk pembangunan tanah terbiar, bagi bantuan modal kepada rakyat...

Zuraida gesa Kerajaan Kuatkuasa Garis Panduan Pelancongan

KUALA TERENGGANU - Pemerkasaan pelaksanaan syariah perlu ditingkatkan dalam usaha membina kefahaman pengunjung luar terhadap usaha Terengganu sebagai pemangkin Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor menyatakan kegusaran apabila sebahagian pelancong Muslim yang semakin berani melanggar Garis Panduan Pelancongan yang diwujudkan kerajaan negeri. "Di sini terdapat dua kemungkinan samada, masih ramai tidak tahu akan kewujudan...

ADUN Terengganu harap PM lunas bayaran Petroleum

KUALA TERENGGANU, 3 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat berharap agar Perdana Menteri dilembutkan hati untuk melunaskan baki bayaran Dana Khas Petroleum (wang ehsan) yang belum diterima kerajaan Terengganu. Katanya, beliau berdoa agar baki RM1.096 bilion dapat dilunaskan pembayarannya sebagaimana tahun-tahun terdahulu. "Berbanding tahun lepas, ini merupakan yang terendah kerana jumlah terimaan belum sampai satu...

PAS sedia hadapi PRK Kemaman

KUALA TERENGGANU - PAS bersedia menghadapi Pilihan Raya Kawasan (PRK) Kemaman, selepas parti itu memutuskan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan dicapai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15, pada November lalu. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengulas keputusan itu berkata, pihak partinya bersedia mengerahkan jentera untuk memenangi...

Empangan Kenyir masih selamat, baikpulih berterusan sehingga kini

KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya penduduk Terengganu tidak perlu panik dengan kenyataan Empangan Kenyir antara lapan empangan berisiko mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku kegagalan fungsi serta strukturnya. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata sehingga kini kerja-kerja pembaikan cerun masih dilakukan di dalam kawasan Tenaga Nasional Berhad (TNB), manakala...

Dana Khas Petroleum : ‘Yang didera adalah rakyat’

KUALA TERENGGANU - "Haruslah diingat, yang sebenarnya mengalami penderaan adalah rakyat, mereka telah menikmati sejak sekian lama," ujar Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika memberi penjelasan berhubung terimaan Dana Khas Petroleum yang berkurang pada tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Ru Rendang itu berkata, Terengganu hanya menerima bayaran dana khas (wang ehsan) berjumlah RM405 juta dari Kerajaan...

Terengganu peruntuk RM3.45 juta persediaan hadapi banjir

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bersedia menghadapi musim tengkujuh yang dijangka tiba tidak lama lagi dengan peruntukan diluluskan setakat ini berjumlah RM3.45 juta sebagai persediaan banjir tahun ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri itu bagi pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, tuala, kain batik dan...

Terengganu sedia RM4 juta bantu Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok berdaftar

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM4 juta bagi bantuan per kapita sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan pusat pendidikan agama yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, inisiatif tersebut bertujuan membangunkan prasarana infrastruktur pusat tahfiz yang kini kian mendapat...

MAIDAM mahu setiap masjid ada koperasi

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sedang giat mengerakkan usaha bagi memastikan setiap masjid di negeri ini mewujudkan koperasi. Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata setakat ini hanya 28 buah masjid yang mewujudkan koperasi. Menurutnya antara yang paling aktif koperasinya ialah Masjid Nur Bakti (Kuala Nerus), Masjid Binjai (Kemaman) dan juga Masjid Tok Ku...

Program Bersih Pulau dilaksanakan berterusan

MARANG – Program pembersihan semua pulau di Terengganu akan dilaksanakan secara berterusan setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pada tahun lepas program itu dijalankan di Pulau Redang, pada tahun ini pula di Pulau Kapas. “Program tersebut bertujuan bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya persekitaran yang perlu dijaga dari segi...