Kerajaan negeri ambil serius Isu Solat

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mengambil serius teguran rakyat dalam memastikan setiap rakyat yang hadir dalam setiap program tidak mengabaikan kewajipan menunaikan solat fardu. Pengerusi Jawatankuasa, Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri sangat menghargai akan kecaknaan pihak terbabit yang prihatin dan memberikan pandangan agar berlaku penambahbaikan untuk setiap program yang akan diadakan selepas ini. Ujarnya,...

Pusat Tafaqquh Fiddin dibuka bulan depan

KUALA TERENGGANU – Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Syeikh Duyong yang dibangunkan oleh kerajaan PAS Terengganu, bakal menjadi tarikan baharu pelancong terutamanya pencinta ilmu berkunjung ke negeri ini apabila ia mula dibuka pada bulan hadapan. Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, dengan gabung jalin antara pendidikan dan pelancongan akan menyerlahlah lagi identiti Terengganu sebagai negeri yang memuliakan ulama dan...

230 Rakyat Palestin terkorban dalam serangan balas Israel

Sekurang-kurangnya 232 orang terkorban dan 1,600 cedera di Gaza selepas tindakan balas Israel keatas serangan ribuan roket ‘Operation Aqsa Flood’ oleh tentera Hamas ke Israel. Satu kenyataan daripapa Kementerian Kesihatan menyatakan, jumlah itu semakin meningkat pada hari Sabtu. Sebelum itu, pada Jumaat kumpulan pejuang Palestin Gaza melancarkan serangan terbesar ke atas Israel dalam beberapa tahun, menyusup ke kawasan di selatan negara...

Hamas chief: ‘Operation Aqsa Flood is a strategic track to respond to continued Israeli crimes’

Hamas chief: ‘Operation Aqsa Flood is a strategic track to respond to continued Israeli crimes’ Head of the Hamas political bureau Ismail Haniyeh said that the movement warned the Israeli occupation from continuing its crimes against the Palestinian people but it ignored the warnings. In a press statement, the Hamas chief explained that Operation Al-Aqsa Flood came as a response to...

Serangan ‘Taufan Al-Aqsa’ Hamas sedang landa Israel

KUALA TERENGGANU - Kumpulan pejuang Palestin iaitu Hamas dan Jihad Islami melancarkan operasi ketenteraan mengejut ke atas negara haram Israel yang dikenali sebagai 'Taufan Al Aqsa'. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata serangan itu dilancarkan dari darat, udara dan laut. Katanya, ia berikutan pencerobohan berterusan pendatang haram yahudi termasuk pemimpin utama regim zionis...

Masalah emosi isu utama suri rumah

KUALA TERENGGANU - Masalah emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental rakyat terutama dalam kalangan suri rumah tangga. Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din berkata, ramai yang beranggapan bahawa golongan ini tidak menghadapi stress memandangkan mereka hanya duduk di rumah dan ‘tidak bekerja’. "Alhamdulillah, Program Inspirasi Suri Sejahtera ini diadakan sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri...

Gelagat UAI curi tumpuan malam TATU ATM

KUALA TERENGGANU - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak melepaskan peluang menyaksikan Persembahan TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan semalam. Persembahan tersebut bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. UAI yang hadir bersama keluarganya itu menerima sorakan yang meriah oleh orang awam yang hadir semalam. Murabbi sejuta ummah itu juga sempat meluangkan...

Persembahan TATU ATM pukau 50,000 pengunjung

KUALA TERENGGANU - Persembahan TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memukau lebih 50,000 penonton di dalam dan luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini, semalam. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Persembahan berkenaan bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Tuanku. Turut mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail...

Sultan Mizan mahu masjid berperanan sebagai Pusat Komuniti

MARANG - Sultan Terengganu, Sultan  Mizan Zainal Abidin menyeru semua masjid memainkan peranan sebagai pusat komuniti dengan mendekati semua lapisan masyarakat dan cakna terhadap perkembangan teknologi masa kini. Titah Baginda, Masjid juga hendaklah berperanan dengan baik dalam menyampaikan mesej kebaikan kepada masyarakat di samping menjadi tempat ibadah dan pusat penyebaran ilmu. "Peranan Masjid juga perlu dikembangkan selaras dengan perkembangan semasa. Alat-alat...

TATU ATM di Terengganu Catat Malaysia Books Of Record

KUALA TERENGGANU - Program TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Terengganu berjaya mencatatkan Malaysia Book Of Record. Ia mendapat pengiktirafan itu apabila Gerbang (Facade) terbesar berjaya dibina Sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintahan Tuanku. Sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan atau Raja merupakan peristiwa yang sangat istimewa yang sangat jarang berlaku. Gerbang (Facade) Terbesar Sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun...