Kumpulan Terminus, China mahu melabur di negeri SG4

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyifatkan pertemuan beliau dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu sebagai positif dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi negeri. Menurut beliau, pertemuan bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya itu turut dihadiri oleh wakil dalam 'State Goverment Four' (SG4)...

Sambutan Hari Statistik Negara sedia kerjaya untuk graduan

KUALA TERENGGANU - Sambutan Hari Statistik Negara 2023 yang dianjurkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu menampilkan sedikit kelainan apabila turut menyediakan peluang kerja buat graduan. Menurut DOSM Terengganu dalam satu kenyataan, program anjuran bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu turut mengadakan Career, Entrepreneurship & Education Fair 2023 selama dua hari bermula 21 hingga 22 Oktober lalu. "Karnival ini dianjurkan...

PRK Kemaman : Signal rakyat tolak PH-BN

SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan menjadi signal rakyat menolak kerajaan PH-BN yang ternyata tidak berupaya untuk mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, keadaan semasa akan memberi kelebihan kepada PAS untuk terus mengekalkan kemenangan dan mencapai majoriti yang lebih besar. "Saya telah melakukan tinjauan di seluruh...

Anak penoreh getah terima Anugerah Pelajaran Diraja

KUALA NERUS – Kejayaan seorang anak penoreh getah menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Malaysia Terengganu (UMT)membuktikan kecemerlangan pelajar bukanlah berpunca dari latar belakang keluarga yang  kaya mahupun ibu bapa yang berpelajaran tinggi. Mohamad Mukramin Samrah, 24, dari Kuala Lipis, Pahang, merupakan pelajar program Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan, Ekonomi berkata keinginan tinggi untuk mengubah kehidupan menjadi kekuatan buatnya...

Sultanah Nur Zahirah Titah Graduan jaga nama baik Universiti

KUALA NERUS - Graduan diingatkan agar sentiasa menjaga citra dan nama baik universiti. Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah, sebagai duta kecil dalam masyarakat, graduan perlu menunjukkan adab dalam kehidupan bermasyarakat serta hidup dengan pekerti yang mulia sebagaimana filsafat seni motif flora ukiran Melayu. Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertitah, graduan perlu gunakan ilmu yang diperoleh sebaik-baiknya agar...

Anak Tuaran penerima Anugerah Pingat Emas Canselor UMT

KUALA NERUS - Anak juruteknik antara graduan yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dengan kepujian dan diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) , di sini, hari ini. Brendon Vun Man Fook, 24, dari Tuaran, Sabah juga merupakan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor yang disampaikan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang merupakan Canselor UMT pada sidang...

5,000 Orang kunjung pameran kejayaan Terengganu

SHAH ALAM – Kira-kira lebih 5,000 orang mengunjungi pameran kejayaan Terengganu yang dikelola Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sempena Karnival Usahawan di sini. Urus Setia Pameran, Wan Nabilah Farhana Kamaruddin berkata jumlah itu berjaya direkodkan setelah lima hari program berlangsung. Katanya, pameran itu turut mendapat kerjasama lima agensi kerajaan negeri yang lain. “Kesemua unit tubuh tersebut terdiri daripada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Urusetia Belia...

MB Terengganu kekal Naib Presiden PAS

SHAH ALAM – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan secara rasmi menang tanpa bertanding (MTB) bagi jawatan Naib Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS) bagi penggal 2023-2025. Turut mengisi barisan Naib Presiden PAS iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Kesemua mereka dikekalkan bagi jawatan berkenaan...

Palestin- Isu Akidah Umat Islam

سبحن الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ1  Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. Baru-baru ini ada penganjur yang membuat...

JABATAN AMAL MALAYSIA PULAU PINANG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH DAN TAKZIAH SEMPENA MUKTAMAR PAS PUSAT

  Tasek Gelugor 23 Oktober - Muktamar PAS Pusat kali ke-69 telah melabuhkan tirainya semalam. Bermula 18 Oktober Dewan Ulamak PAS Pusat, Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Malaysia - DMPM telah membuka gelangang muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kemudian disusuli dengan Muktamar penuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat selepas itu. Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang mengucapkan...