Pesawat terhempas, terbakar di Teluk Ketapang hanya latihan

KUALA TERENGGANU - Tragedi sebuah pesawat terhempas dan terbakar di pesisir pantai Teluk Ketapang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, hari ini hanyalah satu latihan kecemasan. Pengurus Besar Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pemadam Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS), Muhammad Hidayat Ismail berkata latihan kecemasan melibatkan pelbagai aset kerajaan itu melibatkan kira-kira 500 kakitangan pelbagai agensi. Katanya, 68 orang mahasiswa sebuah universiti...

Polis tahan wanita Rohingya, dua anak aktif pecah rumah

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menahan seorang wanita warga Rohingya dan dua anaknya yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Kemaman, sejak awal tahun lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, penahanan wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun kira-kira jam 7 petang kelmarin, adalah susulan laporan polis daripada seorang wanita...

Dewan Muslimat PAS Sabah lancar Tabung Untukmu Palestin

Oleh : Mimi Hazwa MS 24 Oktober 2023 KENINGAU: Dewan Muslimat PAS Sabah melalui Lajnah kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Sabah (LKK DMPNS) telah melancarkan tabung sumbangan bagi membantu rakyat Palestin yang kehilangan keluarga, tempat tinggal,s ekolah bahkan hospitaliti mereka akibat pengeboman yang dilakukan Israel ke atas negara Palestin. Dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Keningau, pelancaran awal tabung tersebut telah mengutip...

TFC sasar tiga mata jumpa Stallion laguna esok

KUALA TERENGGANU - Pengendali Terengganu FC percaya skuadnya mampu mencatat keputusan positif berdepan kelab Filipina, Stallion Laguna FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), 4 petang esok. Tomislav Steinbruckner berkata, TFC kini memiliki empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri dalam dua perlawanan Piala AFC terdahulu. “Kami mahu mendapatkan tiga mata, setakat ini TFC sudah ada kutipan mata yang...

MAIDAM galak rakyat salur derma Palestin melalui masjid

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakan orang ramai menyalurkan derma kepada penduduk Palestin yang dizalimi zionis Israel melalui tabung di setiap masjid di seluruh negeri. Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia bagi memastikan tiada pihak cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan berhubung perkara itu. Menurutnya, MAIDAM juga akan memastikan semua sumbangan akan disalurkan terus...

Sasar kutip RM1 juta Tabung #Aid4Palestine 2.0

KUALA TERENGGANU -  Kerajaan negeri hari ini melancarkan Tabung Sumbangan Terengganu Buat Palestin #Aid4Palestine 2.0: Taufan Al Aqsa, untuk rakyat negeri ini menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya menyasarkan RM1 juta sumbangan akan berjaya dikumpul dalam masa...

KMI tandatangani SSA bersama Hospital Bersalin Razif

KUALA LUMPUR - Anak syarikat penjagaan kesihatan TDM Bhd Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) memeterai Perjanjian Jualan Saham (SSA) bersama Hospital Bersalin Razif (HBR) di sini hari ini. Pengerusi TDM Berhad, Tengku Seri Bijaya Raja berkata perjanjian itu adalah bagi pemerolehan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam HBR oleh KMI Healthcare. Katanya, pemeteraian perjanjian antara kedua pihak merupakan satu lagi...

Terengganu bakal perkenal permit khas selam skuba di lokasi kapal karam

MARANG - Kerajaan negeri akan mewujudkan  prosedur operasi standard (SOP) termasuk pengenalan permit khas bagi aktiviti selaman skuba di lokasi kapal karam di Pulau Kapas yang akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata, pengenalan SOP ini bukan untuk  menyusahkan pelancong, tetapi nak menjaga kepentingan artifak dalam laut di...

Malaysia perlu desak Israel dihadap ke mahkamah jenayah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Malaysia digesa agar menjadi pihak yang lantang mendesak Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata ia bagi memastikan rejim zionis dan sekutunya diadili kerana penindasan yang dilakukan berlarutan sejak sekian lama. "Perlu berani walaupun (negara) kita kecil, berani kerana menyatakan kebenaran. "Mendesak sehingga mereka yang terbabit dalam...

Atlet Terengganu terima RM44,500 insentif SWARA, SHAKE

KUALA NERUS - Kerajaan Negeri menyampaikan insentif berjumlah RM44,500 kepada 17 atlet serta dua pegawai dari Terengganu yang mewakili negara pada Temasya Sukan Asia Hangzhou, China 2023, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebanyak dua jenis insentif disampaikan kepada semua atlet dan pegawai terlibat. "Penyampaian Skim Wakili Negara (SWARA) berjumlah RM28,500...